Go to ...

bLog Juga

BLOG ORANG AWAM Yang Berbicara Perkara Kecik, Remeh & Keduniaan Jer

– ARTIKEL RAWAK –

KENA PILIH
Tibalah masanya kita bincang tajuk pilih pulak. Kita biasa diberi pilihan, nak pilih yang itu atau yang ini, nak kena…
Continue reading »

RSS Feed

June 18, 2019

TIGA KAUM YANG DIBINASAKAN


Ada 3 kaum yang telah dibinasakan. Apakah tiga kaum dan di manakah mereka mendirikan tamadun masing-masing sebelum dibinasakan. Ya. Kaum yang mula-mula dibinasakan ialah kaum nabi Nuh yang telah ditenggelamkan dalam banjir besar. Ada banyak cerita mengenainya dan salah satu yang menarik perhatian ialah tamadun purba asia tenggara yang kini menjadi pulau-pulau dan berpecah-belah hingga sekarang. Ada orang kata inilah atlantis yang hilang itu.

Bangsa kedua yang dimusnahkan selepas itu ialah kaum ad di iram. Sebahagian yang selamat bersama-sama nabi Nuh telah memulakan tamadun baharu di iram. Akhirnya mereka melakukan kerosakan di bumi dan dibinasakan. Bangunan-bangunan tinggi dan bertiang besar akhirnya runtuk akibat gempa bumi. Saki-baki mereka yang selamat memulakan kehidupan baharu di hijr. Dengan pakaian iram mereka berpindah ke hijr. Memulakan kehidupan baharu yang kukuh. Mereka memahat bangunan pada gunung-gunung.

Bukankah Kami telah menjadikan bumi sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya? (an-naba’ 7-8)

Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (79:32)

Inilah satu bukti kukuh kenapa bangunan-bangunan di petra, jordan kukuh hingga sekarang. Kerana mereka mendirikan bangunan pada gunung. Bagaimana tuhan memusnahkan kaum ini jika bangunannya bebas dari gempa sebagaimana berlaku kepada penduduk iram. Iaitu bunyi petir yang dasyhat menyebabkan pendudknya mati serta-merta di dalam rumah masing-masing.

Itulah tiga kaum yang musnah. Dua daripadanya kita dapat lihat kesan-kesan peninggalan mereka, kecuali tamadun yang ditinggalkan oleh nabi Nuh masih dalam pencarian.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.