Tag Archives: tuhan

MENCARI RAHSIA KETURAH – BAHAGIAN 1

Benar nama Keturah adalah nama yang misteri. Kenapa nama tersebut tiba-tiba muncul saat nabi Ibrahim dijemput tuhannya. Apakah rahsianya, adakah kerana kebencian bani israel kepada keturunan Keturah atau sengaja diada-adakah untuk menyembunyikan keturunan Hagar.

Benarkah Keturah wujud atau hanya nama lain untuk Hagar. jika Keturah sebenarnya tidak wujud, adakah ia akan merubah kisah bangsa melayu dari keturunan nabi Ibrahim? Samada ia datang dari isteri yang bernama Keturah atau Hagar, ia tidak akan merubah sejarah kita kerana biasanya keturunan manusia diukur melalui bapa. Tambahan lagi Hagar adalah bangsa mesir yang masih ada hubungan dengan melayu.

Mudah-mudahan saya diberikan masa untuk membuktikannya.

Bahagian 1 ini mari kita lihat dari sudut nama. Kita lihat empat nama utama iaitu Ibrahim, Sarah, Hagar dan Keturah. Perhatikan empat nama ini, apabila kita rujuk kitab kejadian dari kitab perjanjian lama di dalam bible, kita akan temui bahawa Ibrahim dan Sarah ada dua nama iaitu:

  • Sarai dinamakan Sara dan
  • Abrah dinamakan Abraham.

Tetapi tiba-tiba nama Hagar hilang begitu sahaja tanpa nama kedua dan tiba-tiba Keturah tiba-tiba muncul sebagai isteri Abraham ketika dia hampir meninggal dunia.

Mudah-mudah saya diberi kesempatan untuk sambung di bahagian 2

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

TUHANKU PERKENANKAN PERMOHONAN ORANG YANG BERDOA

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka: sesungguhnya Aku sentiasa hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku, dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Al-Baqarah 2:186

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

FAHAM KE TIDAK

Dan apabila engkau membaca Al-Quran, Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu.

Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al- Quran; dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri.

Kami lebih mengetahui akan tujuan mereka mendengar Al-Quran semasa mereka mendengar bacaanmu, dan semasa mereka berbisik-bisik iaitu ketika orang-orang yang zalim itu berkata: “Kamu tidak menurut melainkan seorang yang kena sihir”.

Lihatlah bagaimana mereka menyifatkan engkau dengan yang bukan-bukan, maka dengan sebab itu mereka sesat, sehingga mereka tidak dapat mencari jalan kebenaran.

Al-Israa’ 17

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

SIAPAKAH DUA GOLONGAN YANG TIDUR 300 TAHUN ITU

Salam hormat,

Sebelum AMBO bicarakan siapakah dua golongan yang tidur sehingga 300 tahun, ambo ingin menyatakan bilakah mereka tidur. Adakah SEBELUM kehadiran nabi Isa atau SELEPAS. Nampaknya, kita boleh bersetuju bahawa mereka bangkit selepas zaman nabi Isa.

Ambo membahagikan tahun kebangkitan mereka kepada dua iaitu antara tahun ke-30 hingga 330 tahun dan tahun 300 ke atas sebelum kelahiran nabi Muhamad. Apa yang berlaku antara tahun 30 hingga 330? Dari bukti sejarah, penyebaran agama selain agama anutan rom yang menyembah 3 dewa iaitu bapa, ibu dan anak termasuk ajaran yang disampaikan oleh nabi Isa tidaklah memberangsangkan. Bukan rom sahaja yang tidak bersetuju dengan ajaran lain, agama yahudi juga tidak menerima agama lain. Ketika itu pendakwah-pendakwah kristien hidup tertekan dan penyebaran agama dilakukan secara tidak terbuka. Ingatlah negara mereka diperintah oleh ROM. Ketika itu raja rom belum berugama serupa dengan mereka semua.

Sebelum kedatangan nabi Isa, terdapat 2 agama di dalam negara yang dijajah rom iaitu agama yahudi yang mengesakan tuhan dan agama anutan orang rom yang menyembah 3 dewa. Jika begitu, bolehlah kita ANGGAP agama yang lebih islamik ialah agama yahudi, sudah tentu bukan agama rom. Tentu persoalan agama apakah yang dianuti oleh 2 golongan itu jika mereka tidur sebelum kelahiran nabi Isa.

Dari segi sejarah, kita mengetahui bahawa rom tidak menidas agama yahudi yang tidak merbahayakan mereka. Dan, kita juga mengetahui pegangan agama orang israel sangat kuat mengesakan tuhan dan sangat-sangat patuh kepada agama, walaupun kita boleh mengatakan boleh jadi agama mereka agak terpesong.

Sebelum kelahiran nabi Isa, adakah tuan pernah mendengar berita bahawa agama yahudi boleh dianuti oleh bangsa lain? Tidak, kerana bani israel menganggap agama yahudi adalah KHAS untuk bangsa mereka sahaja, dan orang rom yang menyembah 3 tuhan adalah kafir bagi mereka. Jika begitu, adakah ada orang rom yang menyembah tuhan yang esa pada ketika itu?

Dari situasi yang pertama ini iaitu jika pemuda-pemuda itu tidur sebelum kelahiran nabi Isa dan bangun sebelum tahun 330, ambo dapati ia tidak mungkin berlaku.

Bukankah kita telah mengetahui bahawa perjanjian nicea pada tahun 325 apabila raja rom menerima agama kristien yang mereka anggap hampir sama dengan agama mereka iaitu berkaitan dengan 3. Bukankah tarikh inilah yang bersejarah kerana ini menandakan dengan rasminya agama kristien telah diperkosa secara kuasa supaya menyakini triniti, sama seperti agama rom.  Bukankah setelah raja rom masuk agama kristien, baharulah orang-orang kristien boleh menyebarkan agama dengan tenteram kerana ia dilakukan secara bernegara bukan secara perseorangan.

Ada bukti sejarah yang mengatakan bahawa salah seorang murid nabi Isa yang mula-mula menyedari bahawa agama tauhid boleh dipercayai oleh orang bangsa lain iaitu rom, sedangkan selama ini mereka menyangka orang bangsa lain selain bani israel tidak layak dan tidak mengenal tuhan yang esa. Pada tahun-tahun demikianlah, rom mula menyedari agama kristien boleh mengancam agama mereka, sebab itulah mereka menindas pengikut-pegikut agama kristien tidak agama yahudi.

Pada tahun-tahun demikianlah, KEFAS ditangkap dan dapat melarikan diri dari penjara dan kisahnya menjadi misteri. Ada yang kata dia mati disalib terbalik pada tahun 50 dan ada yang kata dia tidak mati sehinggalah umurnya sangat tua. Berapakah umurnya pada tahun 50? Jika dia dilahirkan seusia dengan nabi Isa, umurnya adalah 50 juga, tetapi ramai yang mengatakan bahawa dia ialah murid yang paling muda dalam kalangan murid-murid nabi Isa. Adakah umur 50 termasuk dalam sangat tua?  Sedangkan hari ini dunia mengatakan umur 60 masih dalam golongan muda.

Jika dia tidur pada tuhun sekitar 50, dia akan bangun pada tahun 350, iaitu setelah agama kistien boleh berkembang dengan aman ke serata dunia. Ini tidak mungkin berlaku jika mereka bangun dari tidur sebelum tahun 325. Siapakah satu golongan lagi yang tidur bersama-sama Kefas?

Orang Rom yang percaya bahawa tiada tuhan selain tuhan yang esa setelah mengenali agama yang diajar oleh murid-murid nabi Isa. Jika begitu, dua golongan yang tidur tentulah murid nabi Isa yang berbangsa israel dan orang rom yang percaya.

Hanya tuhan yang maha mengetahui, kepadanya sahaja ambo berserah.

 

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

BERKATA DIAM

Saya pernah juga bertanyakan mengapa orang mengatakan lebih baik diam sedangkan diri yang berkata juga berkata-kata.   Atau ada yang mengatakan diam ialah emas, dan berkata ialah perak, tetapi memilih perak dengan mengatakannya.

Samada difahami atau disalah ertikan, kita tidak mampu menyebabkan orang faham, kita hanya berusaha supaya orang boleh faham apa yang kita tuturkan.

Jalan yang saya pilih ialah sebagaimana tuhan kata iaitu apabila berkata-kata, ucapkan perkataan yang lebih baik. Semoga ucapan itu berguna kepada sesiapa yang ingin dan juga boleh mengikat tali silaturahim.

Jika kita memilih diam, bagaimana kita melatih diri untuk mengucapkan perkataan yang lebih baik, adakah ia terjadi seperti magik, tiba-tiba kita jadi orang yang petah.

Semoga tuhan tunjukkan jalan.

Semoga perkataan orang yang hatinya ada penyakit, perkataan mereka boleh dipatahkan oleh perkataan orang yang hatinya ditunjukkan jalan oleh tuhan yang maha berkuasa.



    Suka(0)Tak Suka(0)
    Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

    YANG DIKANDUNG TERCICIR



    Siapa yang ingin jika yang dikandungnya tercicir dalam perjalanan, lebih menyedihkan, yang dikejar juga tak dapat.

    Eh, cerita apa pulak kali ini?.

    Semenjak beberapa hari ini, saya selalu teringat kepada kata ‘Dunia dan Akhirat Harus Seimbang’. Kemudian saya bertanya kepada beberapa orang kawan, mereka juga tidak pasti dari mana asal usul perkataan ini. Kemudia saya cari dalam internet yang dimudahkan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana.

    Ini yang saya ingin berkongsi dengan sesiapa yang ditakdirkan membaca tulisan saya ini. Ops.. terlupa pula mendoakan kesejahteraan saudara. Semoga selamat sejahtera dan dimurahkan rezeki.

    Saya harap saudara juga boleh merujuk kepada tulisan kawan-kawan yang lain untuk membandingkan dengan tulisan saya dan sudah tentu, pandangan saudara juga sangat dialu-alukan. Semoga kita termasuk dalam golongan hamba-hamba yang berjuang di jalan Tuhan Penguasa Seluruh Alam.

    Beberapa kata kunci akan digunakan sebagai asas isu ini, iaitu kita sebagai khalifah untuk memakmurkan dunia, kita sebagai hamba yang setiap perbuatan adalah kerana menurut perintah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah, Allah s.w.t. menyukai hambannya yang berusaha bersungguh-sungguh dan selepas ini ialah kata hati saya, sengaja saya tuliskan untuk dikongsi.

    Kadang-kadang saya rasa tidak setuju dengan perkataan ‘dunia dan akhirat harus seimbang’ apabila ada puak yang menyalah tafsir mengikut kecenderungan masing-masing. Siapa yang menyuruh supaya kita menyeimbangkan dua benda yang berbeza, macamana mengukurnya, apa tiada perkataan lainkah yang lebih mudah difahami bersama.

    Apakah kita dijadikan untuk mati atau untuk mengabdi kepada pencipta. Adakah matlamat hidup anda untuk mati atau untuk mengabdikan dan menjadi hamba Tuhan yang paling patuh. Sudahkah kita mengambil tahu dan mematuhi seberapa banyak perintah-perintah Tuhan Pentadbir Seluruh Alam. Atau kita sedang berkhayal.

    Siapa contoh hamba Pencipta yang paling patuh sehingga disukai oleh Pencipta. Adakah beliau memilih untuk menunaikan perintah-perintah yang masyhur sahaja atau beliau buat sahaja apa yang disuruh.

    Setiap manusia mempunyai kecenderungan dan kebolehan yang berbeza, oleh itu adakah mereka akan melakukan kerja-kerja yang sama sahaja, atau berebut-rebut menunaiakn kerja-kerja yang hebat sahaja mengikut kaca mata manusia sezamannya.

    Apakah ukuran usaha-usaha manusia yang berbeza. Siapalah kita untuk mengukurnya, mengapa tidak diserahkan sahaja kepada Yang Maha Bijaksana dan Sangat Adil. Tidak cukupkah apabila kita mengetahui bahawa Tuhan menyukai orang yang berusaha. Samada ingin mengetahui berapa upahnya, atau menjadi hamba yang redha serta bersyukur dengan nikmat-nikmatNya.

    Setiap usaha samada kerana Allah atau kerana selainnya, terpulanglah kepada Tuhan untuk memberi ganjarannya. Beruntunglah sesiapa yang sentiasa sedar dan bersyukur setiap rezeki adalah dari Allah Yang Maha Kaya dan Pemurah.

    Adakah mereka yang diberi sedikit rezeki akan lebih taksub daripada mereka yang Tuhan berikan rezeki lebih banyak. Adakah perintah mengeluarkan zakat ditujukan kepada mereka yang tiada apa-apa. Adakah ingatakn supaya tidak terpedaya dengan nikmat di dunia ditujukan kepada yang tidak berada atau kepada yang berada.

    Siapa yang terpedaya apabila ingin meninggalkan perintah-perintah supaya menjadi khalifah memakmurkan dunia dengan cara mementingkan diri sendiri tidak mempedulikan orang di sekitar mereka dengan kesesatan yang disangkanya. Mengapa mereka menyangka dunia adalah neraka bagi muslim ketika Allah mengatakan orang yang berjuang dijalan Tuhannya akan mendapat kemenangan.

    Apabila kita mengaku bahawa setiap perbuatan adalah kerana Allah s.w.t., apa, perlu lagikah kita mengukur.

    Suka(0)Tak Suka(0)
    Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

    TIBA-TIBA RASA SEDIH

    Janji ditepati.  Ada beberapa perkara yang isunya melerek-lerek bermula dengan lagu Janji Ditepati. Sebenarnya aku suka menikmati lirik lagu begitu, sehingga timbul keinginan mencari apa?.

    Pertama, oh! itulah lagu tema sambutan kemerdekaan negara untuk tahun ini. Kemudian dikhabarkan pulak lagu itu diciplak dari lagu lain sebelum itu. Ada satu lagi ceritanya, iaitu lagu itu juga dikatakan hampir-hampir sama dengan lirik lagu rohani kristien. Lalu aku menyalin lagu tersebut yang kandungannya adalah begini;

    Tuhanku maha besar,
    Tuhanku maha kuasa,
    Raja segala raja.

    Dia tak kan tergoyahkan,
    Dia tak kan terkalahkan,
    Dia hidup dan berkuasa.

    Reff :

    Serukan namaNya, Yesus Tuhan raja,
    S’gala kuasa tunduk dalam namaNya,
    Dia luar biasa, perkasa mulia,
    Yesus nama di atas s’gala nama.

    Tiba-tiba rasa sedih pun bertapak di hati ini… Rangkap pertama mengembirakan, mereka mengagong-agongkan Tuhan yang maha besar, Tuhan maha berkuasa, Dialah raja segala raja.

    Sungguh, hati mana yang dapat menahan rasa bila teringat ada manusia yang lupa dan mendustakan Raja Yang Maha Esa. Mereka memuja-muja yang lain bersama-sama Tuhan yang maha berkuasa dan tidak dapat dikalahkan.

    Sesat. Benarlah apa kata pakar-pakar motivasi, yang paling sukar dibaiki ialah apabila kita tidak sedar bahawa kita sedang sesat. Mahu berada di jalan yang lurus, tetapi disesatkan oleh syaitan yang tidak pernah putus-asa menyesatkan manusia.

    Ya Allah, tuhan yang maha mengetahui, tuhan yang menjadikan masa. Ampunilah dosa-dosa kami, tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan yang diredhai.

    Sampai bila kita hendak terus berdiam diri apabila mereka mempersendakan Tuhan dan Rasul… Marilah, kita berjuang mensyucikan nama tuhan dan rasul-rasul dari fitnah mereka yang sengaja dan tak sengaja dengan jalan yang sebaik-baiknya. Marilah kita sambung usaha-usaha Nabi Muhammad s.a.w dan usaha-usaha Nabi Isa a.s supaya mentauhidkan Tuhan yang mencipta masa dan segala-galanya.

    Allah jua yang maha mengetahui.

    Suka(0)Tak Suka(0)
    Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

    PARTI POLITIK – Bahagian 3

    Mungkin, suatu hari nanti, para pemimpin negara terdiri kumpulan-kumpulan pemimpin yang dibina oleh parti-parti berlainan dan dipilih oleh rakyat bermula dari sebagai ketua kampong (ketua masyarakat), seterusnya sebagai wakil rakyat dan wakil negara.

    Sebagai ketua kampong, mereka berperanan sebagai pemimpin dan wakil rakyat yang membela nasib dan keperluan rakyat. Sebagai balasannya, rakyat berhak memilih siapa yang benar-benar diperlukan untuk memimpin kampong mereka, untuk diketengahkan sebagai calon dan bakal pemimpin di masa hadapan. Perjuangan pemimpin begitu bukannya untuk parti sebaliknya untuk kepentingan rakyat yang memilihnya dan negaranya dan tuhannya. Sebagai pemimpin yang mengenang budi, diharapkan mereka tidak melupakan parti-parti yang mengasuh mereka menjadi orang berguna. Walau macamanapun, kepimpinan mereka lebih menyerlah dan terbukti apabila mereka berjuang untuk rakyat, negara dan tuhan pentadbir agong seluruh alam.

    Sebagai pemimpin negara dan negeri, tugas mereka bukaknya untuk menjadi tuan dan menerima segala ganjaran dan kemudahan dunia yang fana ini. Sebaliknya pemimpin yang adil dan bijaksana akan bekerja menjaga supaya kerajaan dan anggota kerajaan bekerja dengan baik, cekap dan amanah. Mereka yang menjadi pemimpin akan bertindak sebagai pengawal yang bijaksana supaya kerajaan dan pekerjanya bekerja dengan cekap dan berhemah.

    Kerajaan dan kakitangan kerajaan, akan mempunyai pengawal yang digeruni kerana keadilan dan kebijaksanaan, bukannya kerana sebab lain yang diragui oleh kebanyakan rakyat.

    Biarkan mereka yang berkelayakan menjalan kerja masing-masing, dari urusan mendidik, memilih, mengurus dan mengawal untuk kepentingan negara dan sebagai hamba yang patuh kepada tuhan yang menguasai kehidupan di dunia dan juga kehidupan di akhirat.

    Suka(0)Tak Suka(0)
    Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

    PARTI POLITIK – Bahagian 2

    Salah satu perbezaan Parti Politik dengan pertubuhan lain ialah parti politik ditubuhkan untuk bertanding dalam pilihanraya bagi memerintah negara. Kebiasaanya, hanya ada 2 puak sahaja yang akan bertarung dalam merebut jawatan samada pihak A atau pihak B. Jika ada juga puak lain yang berkecuali, tidak ingin berpihak kepada puak A atau puak B, ini hanyalah kecil sahaja.

    Sudah tiada lagi perjuangan menuntut kemerdekaan, sebaliknya perjuangan parti politik ialah untuk memerintah negara. Jika semua parti-parti politik bergabung, jika bergabung, err jika semua parti politik di Malaysia bergabung, errr…

    Katakanlah, tidak bergabung sehingga menjadi 1, sekurang-kurangnya ada dua puak yang hebat yang akan memperjuangkan pegangan masing-masing dan untuk memastikan puak mereka sahaja yang menang dalam pilihanraya. Apakah ada langkah-langkah lain supaya mereka boleh bekerjasama. Mengapa perlu bekerjasama sedangkan hanya satu sahaja akan bergelar juara.

    Apakah mungkin, suatu hari kelak, fungsi parti politik boleh bertukar dari sebagai parti yang menerajui negara kepada parti yang kerjanya membentuk dan melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkualiti dan mengenang budi. Sehingga setakat itu sahaja.

    Pemimpin-peminpin yang dituntun oleh parti-parti akan menjadi calon-calon wakil kampong atau wakil masyarakat setempat dalam lingkungan yang boleh dikendalikan (seperti kampong atau mukim atau taman). Calon-calon inilah yang akan dipilih oleh rakyat untuk menjadi penghulu atau ketua kampong mereka.

    Pilihanraya bukan lagi untuk memilih “wakil rakyat” tetapi untuk memilih wakil kampong dan ketua kampong. Wakil-wakil yang menang pertandingan inilah yang kemudiannya diberikan amanah untuk memilih ahli dewan negeri atau dewan negara dari kalangan mereka yang menang bertanding tadi.

    Terpulanglah kepada kebijaksanaan wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat untuk memilih siapa yang paling layak sebagai wakil rakyat samada ke dewan negara atau dewan negeri.

    Permainan tipu muslihat yang sama juga akan diambil kesempatan oleh mereka yang ingin, terpulanglah kepada penduduk kampong tersebut untuk memilih yang salah atau yang benar mewakili mereka. Kerana belum tentu yang mereka pilih akan dipilih oleh wakil-wakil dari kampong lain sebagai wakil yang layak.

    Keistimewaan parti politik akan lebih terserlah kerana parti merekalah yang memainkan peranan utama bagi membentuk bakal-bakal pemimpin untuk menerajui negara dan negeri. Peruntukan khas sepatutnya diberikan untuk memastikan parti-parti yang ada terus bekerja melahirkan pemimpin mengikut acuan masing-masing.

    Oh, ini hanyalah khayalan rakyat yang bercerita perkara-perkara kecil, remeh-temah dan kekampongan sahaja… dan kerana itulah rakyat ini memahami betapa agongnya tuhan yang esa.

    Suka(0)Tak Suka(0)
    Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

    KEJAR WANG

    Samada kita sedang kejar wang atau kejar dunia. Itulah persoalan yang selalu diajukan kepada kita, seolah-olah apa-apa perbuatan yang diusahakan digambarkan sebagai sedang mengejar…

    Di sinilah perbezaan orang yang melakukan sesuatu kerana kehendak dirinya dengan seorang yang melakukan segala sesuatu kerana ingin menurut perintah-perintah tuan yang menguasai dan mentadbir alam ini.

    Tiada had tertentu apabila seseorang ingin berusaha menunaikan segala perintah-perintah bagi memakmurkan bumi yang fana ini. Apa yang ditegah hanyalah yang mengakibatkan kerosakkan dan ketidak adilan, semuanya terkandung di dalam ayat-ayat yang tertulis jelas dan nyata.

    Katakanlah setiap ayat-ayat yang tertulis nyata itu telah diselongkar oleh setiap manusia yang percaya. Apakah masih akan ada lagi ucapan-ucapan ‘mengejar dunia’ dituduh kepada insan-insan yang beriman dan mematuhi suruhan dan larangan tuan yang maha mengetahui lagi bijaksana.

    Asalkan semua perbuatan di dunia dilakukan kerana menurut perintah yang maha mulia, asalkan matlamatnya untuk kebahagiaan di akhirat kelak, mengapa dipersoalkan perbuatan-perbuatan mereka yang bermotivasi dan jelas.

    Setiap perbuatan, samada puasa, haji atau bekerja dan lain-lain yang baik, jika dilakukan kerana sebab-sebab lain selain kerana menurut perintah tuhan yang maha tingggi, itulah dia mengejar dunia.

    Apa, belum boleh dibezakan lagikah perkara itu? sehingga lahir begitu ramai munafik yang seolah-olah melakukan kebajikan tetapi sebenarnya merosakkan ummat dan bekalan orang lain yang mudah terpedaya.

    Perhatikanlah bagaimana contoh-contoh kehidupan mereka di zaman rasul-rasul, adakah mereka tidak memakmurkan bumi, apakah mereka melakukan sesuatu kerana inginkan balasan dan nama baik di dunia. Satu contoh yang sukar dipercayai ialah kisah seorang pemuda yang membela sepasang babi. Adakah dia sedang mengejar dunia atau apa?. Tentu ini berbeza dengan orang memelihara babi untuk dimakan.

    Akhir kata, tulisan ini sengaja ditulis dengan tanpa penelitian kerana inginkan sumbangan anda untuk berkongsi dan perbetulkan kesilapan yang terjadi sepanjang tulisan ini ditulis.

    Hanya allah yang maha mengetahui apa yang kusampaikan dan yang tersembunyi.

    Suka(0)Tak Suka(0)
    Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.