Tag Archives: sulaiman

PERSAMAAN KERIS DAN TEMBOK ZULKARNAIN

Keris ialah campuran perlbagai besi yang dipanaskan bersama-sama, dibentuk kemudian dicelup ke dalam air atau minyak hitam. Keris berbeza dengan pedang atau pisau. Jika diperhatikan mengikut susunan, pembuatan pedang atau baju besi telah dikaitkan dengan nabi Daud. Kemudian teknologi besi telah berkembang sehinggalah Zulkarnain memperkenalkan kaedah mencampurkan besi-besi yang panas tetapi tidak cair ke dalam minyak hitam.

Campuran besi ke dalam minyak hitam didapati akan menyebabkan besi itu menjadi lebih keras. Ini yang terjadi kepada keris. Adakah pembuatan kesis ada kaitan dengan Zulkarnain dan pembuatan pedang ada kaitan dengan nabi Daud.  Jika Zulkarnain mendapat pengetahuan mengenai besi, boleh jadi Zulkarnain datang kemudian selepas nabi Daud bukan zaman sebelum nabi Daud.

Bagaimana pula dengan anak nabi Daud, Sulaiman. Adakah nabi Silaiman diberikan tembaga atau minyak mentah.  Adakah nabi Sulaiman orang yang mula-mula menjumpai kegunaan minyak.

Dari mana pula orang nusantara belajar membuat keris. Bukankah Zulkarnai pernah ke timur sehingga negara matahari terbit. Mungkinkah orang nusantara belajar dari dia cara-cara mengeraskan besi hingga akhirnya terjadi keris.

 

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

OH PALESTIN – BAHAGIAN 4

Ketika masih hangat diperkatakan bahawa Yahudi dan Israel sebagai mereka yang tidak boleh dijadikan kawan, ketika ini juga orang Islam menunggu kehadiran orang berbangsa itu.

Setengah golongan sangat bersemangat membela bumi Palestin dari pencerobohan orang kafir walaupun bumi itu jugalah yang telah dijanjikan oleh Tuhan sebagai bumi mereka (yahudi). Kalau dulu, merekalah yang tertindas kerana ketaksuban mereka sendiri. Tetapi kini mereka begitu kuat dan menindas pula orang palestin, seolah-olah orang palestin pula menjadi yahudi.

Kononnya di tapak pembinaan peninggalan nabi Sulaiman a.s di Palestin terdapat banyak rahsia-rahsia yang menjadi rebutan golongan tertentu. Atas alasan apa pula orang-orang islam juga begitu berkepentingan untuk merebutnya dengan alasan menyelamatkan orang islam di sana yang diceroboh kerana perbuatannya sendiri seperti tradisi orang di situ yang suka bergaduh sesama sendiri.

Bukannya satu kehinaan apabila nabi Muhammad s.a.w. dan pengikutnya meninggalkan tanah air apabila ditindas oleh penguasa di situ. Sebaliknya hijrah ke Madinah menjadi kekuatan untuk menakluki semula Mekah. Adakah kita masih boleh dianggap mengikut sunahnya apabila kita suka bergaduh dan berlawan walaupun tanpa persediaan dan kekuatan.

Artikel Berkaitan:
oh Palestin Bahagian 1
oh Palestin Bahagian 2
oh Palestin Bahagian 3
oh Palestin Bahagian 4
oh Palestin Bahagian 5

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.