Tag Archives: sesat

FAHAM KE TIDAK

Dan apabila engkau membaca Al-Quran, Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu.

Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al- Quran; dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri.

Kami lebih mengetahui akan tujuan mereka mendengar Al-Quran semasa mereka mendengar bacaanmu, dan semasa mereka berbisik-bisik iaitu ketika orang-orang yang zalim itu berkata: “Kamu tidak menurut melainkan seorang yang kena sihir”.

Lihatlah bagaimana mereka menyifatkan engkau dengan yang bukan-bukan, maka dengan sebab itu mereka sesat, sehingga mereka tidak dapat mencari jalan kebenaran.

Al-Israa’ 17

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

KITA DIBEKAL 3 PILIHAN

Apabila diperhatikan kehidupan ini, kita sebagai manusia yang menghuni muka bumi telah dibekalkan dengan tiga pilihan.  Apakah pilihan itu?  dan siapa yang menyediakan pilihan?

Ada tiga pilihan yang berbeza yang kita hadapi setiap detik, terpulanglah kepada diri sendiri hendak melalui jalan yang mana satu.  Jalan yang pertama ialah jalan yang penyedia pilihan redhai.  Apabila kita menyedari sedang melalui jalan-jalan yang dia redhai sebagaimana juga yang dilalui oleh orang-orang sebelum kita, semoga jalan itu akan bawa pemilihnya ke penyedia pilihan.

Dua lagi jalan ialah jalan-jalan yang tidak benar. Iaitu jalan yang penyedia pilihan tidak benarkan kita laluinya demi kebaikan diri sendiri juga.  Padahal jika memilih jalan itu, pemilihnya telah diingatkan bencana yang akan ditempuhi dan akibat buruk yang akan dihadapi seumur hidupnya.

Pemilih yang menyangka sedang lalui pilihan yang pertama tetapi sebenarnya tidak kerana mereka terpedaya dengan orang kepercayaan, sedangkan dia tidak ada bukti ia benar datangnya dari penyedia pilihan. Kesesatan yang tidak disedari ini hanya membazirkan masa hidup sahaja sedangkan diri sendiri tidak sedar tetapi masih menyangka akan berakhir dengan bahagia.  Ini yang dibimbangi berlaku kepada kita, kerana apabila terperangkap dalam kotak itu, pemilihnya akan sesat tanpa disedari.

Siapa yang menyediakan pilihan-pilihan itu kepada kita? Samada percaya atau tidak, kita tidak pernah berkuasa kepada diri sendiri dan kita tidak mencipta kita. Samada hendak berada di jalan yang benar, jalan yang pembuat pilihan murka atau tersalah pilih, diri sendiri yang akan menanggung akibat.

Semoga orang yang hendak, berada di jalan yang benar.

 

  • Kumpulan Gambar DP BBM Rabu Bergerak Lucu Banget | duniagejet.com
  • Kursus Flash



Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

TIBA-TIBA RASA SEDIH

Janji ditepati.  Ada beberapa perkara yang isunya melerek-lerek bermula dengan lagu Janji Ditepati. Sebenarnya aku suka menikmati lirik lagu begitu, sehingga timbul keinginan mencari apa?.

Pertama, oh! itulah lagu tema sambutan kemerdekaan negara untuk tahun ini. Kemudian dikhabarkan pulak lagu itu diciplak dari lagu lain sebelum itu. Ada satu lagi ceritanya, iaitu lagu itu juga dikatakan hampir-hampir sama dengan lirik lagu rohani kristien. Lalu aku menyalin lagu tersebut yang kandungannya adalah begini;

Tuhanku maha besar,
Tuhanku maha kuasa,
Raja segala raja.

Dia tak kan tergoyahkan,
Dia tak kan terkalahkan,
Dia hidup dan berkuasa.

Reff :

Serukan namaNya, Yesus Tuhan raja,
S’gala kuasa tunduk dalam namaNya,
Dia luar biasa, perkasa mulia,
Yesus nama di atas s’gala nama.

Tiba-tiba rasa sedih pun bertapak di hati ini… Rangkap pertama mengembirakan, mereka mengagong-agongkan Tuhan yang maha besar, Tuhan maha berkuasa, Dialah raja segala raja.

Sungguh, hati mana yang dapat menahan rasa bila teringat ada manusia yang lupa dan mendustakan Raja Yang Maha Esa. Mereka memuja-muja yang lain bersama-sama Tuhan yang maha berkuasa dan tidak dapat dikalahkan.

Sesat. Benarlah apa kata pakar-pakar motivasi, yang paling sukar dibaiki ialah apabila kita tidak sedar bahawa kita sedang sesat. Mahu berada di jalan yang lurus, tetapi disesatkan oleh syaitan yang tidak pernah putus-asa menyesatkan manusia.

Ya Allah, tuhan yang maha mengetahui, tuhan yang menjadikan masa. Ampunilah dosa-dosa kami, tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan yang diredhai.

Sampai bila kita hendak terus berdiam diri apabila mereka mempersendakan Tuhan dan Rasul… Marilah, kita berjuang mensyucikan nama tuhan dan rasul-rasul dari fitnah mereka yang sengaja dan tak sengaja dengan jalan yang sebaik-baiknya. Marilah kita sambung usaha-usaha Nabi Muhammad s.a.w dan usaha-usaha Nabi Isa a.s supaya mentauhidkan Tuhan yang mencipta masa dan segala-galanya.

Allah jua yang maha mengetahui.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

MAAF TERKASAR BAHASA

Pembunuh!

Siapa nak mengaku apabila dituduh pembunuh. Ramai juga di kalangan kita yang tidak sedar bahawa mereka yang memfitnah juga sedang melakukan pembunuhan.

Oleh kerana sudah menjadi kebiasaan orang yang mengaku berugama islam memfitnah sesama sendiri dan dengan bangganya memfitnah dan sudah tidak merasa seperti membunuh orang apabila menfitnah. Dengan macam-macam alasan diberikan kepada orang lain untuk menegakkan benangnya bahawa mereka tidak bersalah. Bahawa mereka sedang menyatakan yang benar. Untuk kepentingan puak-puak mereka, biar dunia tahu bahawa merekalah di pihak yang benar. Tanpa disedari kegilaan ini menjadi bertambah enak. Bencana ciptaan tangan-tangan munafik terasa seperti merangkul anugerah sebuah syurga. Masing-masing menunggu dan berusaha memartabatkan puak masing-masing seolah-olah sedang bekerja untuk tuhan yang mereka sembah.

Maaf, aku bukannya menuduh sesiapa di antara anda. Apa nak dikatakan lagi kepada mereka yang hanyut dalam dunia fitnah… mereka sudah buta untuk melihat cahaya, mereka sudah tidak mampu lagi untuk faham. Sama sahaja kepada mereka, seperti anjing, yang akan tetap juga menjelirkan lidahnya.

Yang paling menyedihkan ialah mereka yang inginkan syurga, tetapi sesat dalam perjalanan kerana terpedaya oleh keindahan bahasa dan bukti yang dilempakran oleh penfitnah yang tidak takuk dan gerun dengan penderitaan sekiranya mendapat balasan di neraka.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

SIAPA YANG KETGA

Pilihan di tangan masing-masing, samada ingin pilih jalan yang diredhai atau jalan yang dimurkai atau jalan seperti orang yang dibiarkan sesat. Nampaknya seperti ada 3 jalan sahaja. Kemudian aku dapati sebenarnya hanya ada dua sahaja iaitu jalan yang diredhai atau jalan yang dimurkai oleh Tuhan Pentadbir Tunggal bagi seluruh alam ini.

Mengapa aku katakan jalan yang sesat tidak termasuk dalam pilihan bagi mereka yang memilih?. Aku katakan demikian kerana aku dapati mereka yang tersalah pilihlah yang dengan tidak sengaja terjerumus ke jalan kesesatan.

Ini yang bahayanya, ingin memilih jalan benar tetapi tersesat! bagi yang sesat kerana memilih jalan dimurkai, sama sahaja, kerana kedua-duanya bukannya jalan yang benar.

Bolehkan tuan bersetuju dengan pendapat ini? Tentu sangat menyedihkan apabila tersesat, sedangkan keinginan sebenarnya untuk menperolehi jalan yang diredhai. Mengapa terjadi demikian…. nampaknya kita kena sentiasa rujuk. Silalah sentiasa rujuk kepada sumber yang sebenar.

Ada dua perkara yang berkaitan dengan memilih siapa yang diingati dahulu apabila terdengar satu isu ini. Apabila dua orang berbicara, siapa yang ketiganya. Kita sudah biasa mendengar orang berkata yang ketiganya adalah syaitan. Lalu kita menghindari berdua-dua-an kerana takut bisikan syaitan.

Pernahkan anda mendengar petikan ini pula “.. Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka – pada hari kiamat – apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu… “

Lalu, pasangan lelaki dan perempuan dan sesiapa sahaja yang berkomunikasi samada di bawah pohon kemboja atau berchatting di facebook, mereka akan sentiasa ingat bahawa Allah sangat maha mengetahui dan membalas setiap apa yang mereka lakukan.

Kemudia ada lagi pesanan dari yang maha perkasa iaitu seperti petikan ini :

“ .. Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berbisik-bisik sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan pencerobohan serta perbuatan derhaka kepada Rasulullah; dan (sebaliknya) berbisiklah untuk berbuat kebajikan dan bertaqwa. Dan hendaklah kamu tetap bertaqwa kepada Allah yang kepadaNya kamu semua akan dihimpunkan (pada hari kiamat untuk dihitung amal kamu dan menerima balasan).

Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.. “

Wassalam.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.