Tag Archives: salib

OH PALESTIN – BAHAGIAN 3

Peristiwa pembunuhan dan penyaliban Nabi Isa a.s adalah suatu peristiwa yang sangat memberi kesan kepada tamadun manusia hingga hari ini. Sudah menjadi akidah mereka yang beriman bahawa Nabi Isa a.s tidak disalib dan dibunuh. Walaubagaimanapun isu ini terus menjadi pertikaian seluruh umat manusia.

Salah satu cara yang paling mudah untuk melepaskan diri ialah biarkan sahaja nabi Isa a.s menyelesaikan sendiri masalahnya…. (?). Apa pula peranan nabi Muhammad s.a.w yang dianggap sebagai penyelamat umat seluruhnya? Apa, tidak cukupkah lagi kitab dan sunahnya dijadikan rujukan bagi membela nasib dan kesucian mereka yang difitnah. Adakah kita termasuk dalam golongan mereka yang hanya menunggu?.

Sungguh kasihan apabila mengingatkan anak-anak yang dilahirkan oleh ibu yang sesat. Marilah kita semua berdoa semoga diberikan kekuatan oleh Tuhan yang Esa agar jadi orang berani. Marilah kita semua berdoa semoga diberikan kekuatan dan jalan bagi membela kesucian rasulnya dan kesucian nama pencipta agong kepada seluruh umat manusia, kawan dan juran… Tidak terucap oleh lidahku, supaya mereka mendengarnya. Terlalu banyak alasan yang menghalang perbuatan yang mulai ini.

Setiap orang diberikan akal dan budi yang boleh dimanafaatkan. Kerana keinginan yang sama bagi memakmurkan bumi kerana menuruti perintah penguasa seluruh alam dan mempunyai pendapat yang berbeza-beza cara melaksanakannya, masih ada kemungkinan salah satunya berkesan untuk orang tertentu. Seperti belalang juta menyerang tanaman atau kuman ketika wabak, walaupun kecil, kerana niat yang sama, mereka berjaya mencapai matlamat.

Artikel Berkaitan:
oh Palestin Bahagian 1
oh Palestin Bahagian 2
oh Palestin Bahagian 3
oh Palestin Bahagian 4
oh Palestin Bahagian 5

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.