Tag Archives: rasul

TIBA-TIBA RASA SEDIH

Janji ditepati.  Ada beberapa perkara yang isunya melerek-lerek bermula dengan lagu Janji Ditepati. Sebenarnya aku suka menikmati lirik lagu begitu, sehingga timbul keinginan mencari apa?.

Pertama, oh! itulah lagu tema sambutan kemerdekaan negara untuk tahun ini. Kemudian dikhabarkan pulak lagu itu diciplak dari lagu lain sebelum itu. Ada satu lagi ceritanya, iaitu lagu itu juga dikatakan hampir-hampir sama dengan lirik lagu rohani kristien. Lalu aku menyalin lagu tersebut yang kandungannya adalah begini;

Tuhanku maha besar,
Tuhanku maha kuasa,
Raja segala raja.

Dia tak kan tergoyahkan,
Dia tak kan terkalahkan,
Dia hidup dan berkuasa.

Reff :

Serukan namaNya, Yesus Tuhan raja,
S’gala kuasa tunduk dalam namaNya,
Dia luar biasa, perkasa mulia,
Yesus nama di atas s’gala nama.

Tiba-tiba rasa sedih pun bertapak di hati ini… Rangkap pertama mengembirakan, mereka mengagong-agongkan Tuhan yang maha besar, Tuhan maha berkuasa, Dialah raja segala raja.

Sungguh, hati mana yang dapat menahan rasa bila teringat ada manusia yang lupa dan mendustakan Raja Yang Maha Esa. Mereka memuja-muja yang lain bersama-sama Tuhan yang maha berkuasa dan tidak dapat dikalahkan.

Sesat. Benarlah apa kata pakar-pakar motivasi, yang paling sukar dibaiki ialah apabila kita tidak sedar bahawa kita sedang sesat. Mahu berada di jalan yang lurus, tetapi disesatkan oleh syaitan yang tidak pernah putus-asa menyesatkan manusia.

Ya Allah, tuhan yang maha mengetahui, tuhan yang menjadikan masa. Ampunilah dosa-dosa kami, tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan yang diredhai.

Sampai bila kita hendak terus berdiam diri apabila mereka mempersendakan Tuhan dan Rasul… Marilah, kita berjuang mensyucikan nama tuhan dan rasul-rasul dari fitnah mereka yang sengaja dan tak sengaja dengan jalan yang sebaik-baiknya. Marilah kita sambung usaha-usaha Nabi Muhammad s.a.w dan usaha-usaha Nabi Isa a.s supaya mentauhidkan Tuhan yang mencipta masa dan segala-galanya.

Allah jua yang maha mengetahui.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.