Tag Archives: politik

PARTI POLITIK – Bahagian 2

Salah satu perbezaan Parti Politik dengan pertubuhan lain ialah parti politik ditubuhkan untuk bertanding dalam pilihanraya bagi memerintah negara. Kebiasaanya, hanya ada 2 puak sahaja yang akan bertarung dalam merebut jawatan samada pihak A atau pihak B. Jika ada juga puak lain yang berkecuali, tidak ingin berpihak kepada puak A atau puak B, ini hanyalah kecil sahaja.

Sudah tiada lagi perjuangan menuntut kemerdekaan, sebaliknya perjuangan parti politik ialah untuk memerintah negara. Jika semua parti-parti politik bergabung, jika bergabung, err jika semua parti politik di Malaysia bergabung, errr…

Katakanlah, tidak bergabung sehingga menjadi 1, sekurang-kurangnya ada dua puak yang hebat yang akan memperjuangkan pegangan masing-masing dan untuk memastikan puak mereka sahaja yang menang dalam pilihanraya. Apakah ada langkah-langkah lain supaya mereka boleh bekerjasama. Mengapa perlu bekerjasama sedangkan hanya satu sahaja akan bergelar juara.

Apakah mungkin, suatu hari kelak, fungsi parti politik boleh bertukar dari sebagai parti yang menerajui negara kepada parti yang kerjanya membentuk dan melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkualiti dan mengenang budi. Sehingga setakat itu sahaja.

Pemimpin-peminpin yang dituntun oleh parti-parti akan menjadi calon-calon wakil kampong atau wakil masyarakat setempat dalam lingkungan yang boleh dikendalikan (seperti kampong atau mukim atau taman). Calon-calon inilah yang akan dipilih oleh rakyat untuk menjadi penghulu atau ketua kampong mereka.

Pilihanraya bukan lagi untuk memilih “wakil rakyat” tetapi untuk memilih wakil kampong dan ketua kampong. Wakil-wakil yang menang pertandingan inilah yang kemudiannya diberikan amanah untuk memilih ahli dewan negeri atau dewan negara dari kalangan mereka yang menang bertanding tadi.

Terpulanglah kepada kebijaksanaan wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat untuk memilih siapa yang paling layak sebagai wakil rakyat samada ke dewan negara atau dewan negeri.

Permainan tipu muslihat yang sama juga akan diambil kesempatan oleh mereka yang ingin, terpulanglah kepada penduduk kampong tersebut untuk memilih yang salah atau yang benar mewakili mereka. Kerana belum tentu yang mereka pilih akan dipilih oleh wakil-wakil dari kampong lain sebagai wakil yang layak.

Keistimewaan parti politik akan lebih terserlah kerana parti merekalah yang memainkan peranan utama bagi membentuk bakal-bakal pemimpin untuk menerajui negara dan negeri. Peruntukan khas sepatutnya diberikan untuk memastikan parti-parti yang ada terus bekerja melahirkan pemimpin mengikut acuan masing-masing.

Oh, ini hanyalah khayalan rakyat yang bercerita perkara-perkara kecil, remeh-temah dan kekampongan sahaja… dan kerana itulah rakyat ini memahami betapa agongnya tuhan yang esa.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.