Tag Archives: neraka

MAAF TERKASAR BAHASA

Pembunuh!

Siapa nak mengaku apabila dituduh pembunuh. Ramai juga di kalangan kita yang tidak sedar bahawa mereka yang memfitnah juga sedang melakukan pembunuhan.

Oleh kerana sudah menjadi kebiasaan orang yang mengaku berugama islam memfitnah sesama sendiri dan dengan bangganya memfitnah dan sudah tidak merasa seperti membunuh orang apabila menfitnah. Dengan macam-macam alasan diberikan kepada orang lain untuk menegakkan benangnya bahawa mereka tidak bersalah. Bahawa mereka sedang menyatakan yang benar. Untuk kepentingan puak-puak mereka, biar dunia tahu bahawa merekalah di pihak yang benar. Tanpa disedari kegilaan ini menjadi bertambah enak. Bencana ciptaan tangan-tangan munafik terasa seperti merangkul anugerah sebuah syurga. Masing-masing menunggu dan berusaha memartabatkan puak masing-masing seolah-olah sedang bekerja untuk tuhan yang mereka sembah.

Maaf, aku bukannya menuduh sesiapa di antara anda. Apa nak dikatakan lagi kepada mereka yang hanyut dalam dunia fitnah… mereka sudah buta untuk melihat cahaya, mereka sudah tidak mampu lagi untuk faham. Sama sahaja kepada mereka, seperti anjing, yang akan tetap juga menjelirkan lidahnya.

Yang paling menyedihkan ialah mereka yang inginkan syurga, tetapi sesat dalam perjalanan kerana terpedaya oleh keindahan bahasa dan bukti yang dilempakran oleh penfitnah yang tidak takuk dan gerun dengan penderitaan sekiranya mendapat balasan di neraka.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

PELIK DAN SERUPA

Kadang-kadang aku rasa seperti ada bau-bau bacang perangai kita dan mereka. Cuba perhatikan petikan ini..

“…. Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang (Yahudi) yang telah diberikan sebahagian dari Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul) di antara mereka. Ahli-ahli satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab Allah itu).

[24]

Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: “Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung”. Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam ugama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan… “

ooo.. sebab itulah kita juga rasa lega hanya sekadar kerana dilahirkan sebagai anak orang Islam….

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

SIAPA KITA KETIKA ITU

Tiba-tiba teringat kisah-kisah benar yang diceritakan oleh mereka yang diberi hidayat oleh pencipta yang maha berkuasa..

Iaitu kisah orang yang tinggal bersama-sama, berkenalan dan berkongsi cerita, berkongsi twiter dan facebook. Tetapi akhirnya menemui kesudahan yang berbeza.

Perhatikan kata-kata ini, iaitu “(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: “Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu”. (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): “Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)”, serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.

(Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): “Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?” Orang-orang yang beriman menjawab: “Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara ugama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).”

Aduhai, lebih baik menyesal hari ini dari esok….

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

OH PALESTIN – BAHAGIAN 2

Apa gunanya aku bercerita kisah yang akan berlaku esok, pertama kerana kita tidak tahu, kedua sudah tentu sia-sia sahaja bercerita kisah yang tidak pasti. Bukankah lebih baik menghadapi apa yang sedang berlaku.

Semoga kita bukanlah dajjal itu!. Semoga bukan kita yang menyebarkan berita-berita yang kononnya untuk syurga tetapi sebenarnya mengajak ke neraka. Apa, menyampaikan berita-berita yang tidak pasti (disahkan) oleh pihak berkuasa (bidangnya) walaupun dengan niat baik seperti kisah-kisah haramnya suatu makanan, akan membawa ke syurga atau menyebarkan fitnah yang menjerumus ke neraka?

Terlalu banyak khabar-khabar berkumandang di udara yang tidak disahkan, yang terus disebarkan pula oleh pencari-pencari syurga. Apa, masih tidak sedarkah mereka. Sudah tentu masih ramai yang tidak sedar bahawa mereka sedang ditipu oleh pendajjal.

Peranan siapakah untuk menjadi pejuang-pejuang bagi menegakan kebenaran. Apa pula peranan kita yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai orang awam. Tanpa disedari kita juga termasuk dalam aliran pemahaman wujudnya kumpulan agama dan rakyat biasa seperti mereka yang disesatkan oleh syaitan. Tidakkah kita disuruh untuk sentiasa menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Artikel Berkaitan:
oh Palestin Bahagian 1
oh Palestin Bahagian 2
oh Palestin Bahagian 3
oh Palestin Bahagian 4
oh Palestin Bahagian 5

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.