Tag Archives: islam

MENCONTOHI MEREKA YANG LAYAK

 

[Harap maklum, tulisan ini sebenarnya ditulis semasa berkongsi cerita di halaman dari hati Wardina Saffiayyah, oleh kerana ruangan yang diberikan tidak mampu saya patuhi, terpaksalah saya menulis semula di sini]
Semoga saya tidak menyinggung perasaan sesiapa.

Assalamualaikum,
Terima kasih di atas tulisan pengalaman yang juga memberi pengalaman kepada saya.

Sungguh menarik membaca kisah-kisah pengalaman mereka yang pernah menjejaki di tanah itu.

Apa yang juga menyentuh hati saya ialah kisah penaklukan Umar Al-Khatab r.a. dan Salahuddin Al Ayubi r.a. Sungguh, cara kepimpinan mereka layak diikuti oleh kita dan pemimpin islam lain, iaitu mereka memerintah dengan adil walaupun kepada bukan puak sendiri.

Apa yang menyedihkan ialah, apabila semasa menunjukkan rasa hormat kepada kepimpinan mereka berdua, tiba-tiba kita seronok menunggu orang lain pula yang termasuk dalam golongan pemusnah seperti Nebuchadnezzar dan Rome untuk mengusir sebahagian penduduk di situ.

Apa sebenarnya pendirian kita, mencontohi pemimpin yang memerintah dengan adil atau menunggu pemimpin yang memghalau penduduk di situ?

Minta maaf jika menyinggung dan terkasar bahasa, apa yang saya luahkan ini hanya sekadar berkongsi rasa dan kefahaman.

hanya Allah s.w.t yang maha mengetahui.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.