Tag Archives: dunia

Inikah Multi Level Marketing



Salam hormat semua yang baca tulisan ini.

Saya pernah ikut serta dan baca mengenai MLM. Ia adalah satu sistem perniagaan yang berjaya samada dengan cara menipu atau jujur. Malah saya perasan sistem ini boleh jadi ditiru dari sistem yang dilakukan oleh para nabi.

Hah! para nabi yang ajar?

Biar betul.

Mengapa yahudi ada kaitan dengan firaun (amalek – al-malek) dan piramid di Mesir. Mengapa nabi Muhamad ajar supaya kita mengajarkan apa yang dia ajar kepada orang-orang kita. Kebanyakan sistem ini berbentuk piramid dan multi level marketing.

Tetapi 1000 X sayang, manusia nampak dunia lebih dari nampak akhirat sehingga rela laku apa saja untuk dapat dunia. Sedangkan cara ini adalah salah satu cara terbaik untuk perniagaan akhirat.

Kebetulan tarikh lahir saya dan isteri saya begini 17:21 dan kebetulan selepas saya hadir satu sesi taklimat MLM, saya terbaca terjemahan al-quran ayat 17:21 yang bunyinya lebih kurang begini:

17:21. Perhatikan bagaimana Kami lebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian lain! Dan sesungguhnya akhirat adalah lebih besar darjatnya, lebih besar kelebihannya.

Ya, apabila kita hadir sesi MLM, kita rasa kagum dengan pencapaian mereka. Seolah-olah kita sedang melihat piramid yang besar tegap di depan mata. Kebetulan pula, ayat 17 ialah ayat berkaitan bani israel. Ada banyak maklumat yang saya dapat darinya.

Terima kasih semua.

Kredit Kepada Mr.K

    Suka(0)Tak Suka(0)
    Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

    YANG DIKANDUNG TERCICIR



    Siapa yang ingin jika yang dikandungnya tercicir dalam perjalanan, lebih menyedihkan, yang dikejar juga tak dapat.

    Eh, cerita apa pulak kali ini?.

    Semenjak beberapa hari ini, saya selalu teringat kepada kata ‘Dunia dan Akhirat Harus Seimbang’. Kemudian saya bertanya kepada beberapa orang kawan, mereka juga tidak pasti dari mana asal usul perkataan ini. Kemudia saya cari dalam internet yang dimudahkan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana.

    Ini yang saya ingin berkongsi dengan sesiapa yang ditakdirkan membaca tulisan saya ini. Ops.. terlupa pula mendoakan kesejahteraan saudara. Semoga selamat sejahtera dan dimurahkan rezeki.

    Saya harap saudara juga boleh merujuk kepada tulisan kawan-kawan yang lain untuk membandingkan dengan tulisan saya dan sudah tentu, pandangan saudara juga sangat dialu-alukan. Semoga kita termasuk dalam golongan hamba-hamba yang berjuang di jalan Tuhan Penguasa Seluruh Alam.

    Beberapa kata kunci akan digunakan sebagai asas isu ini, iaitu kita sebagai khalifah untuk memakmurkan dunia, kita sebagai hamba yang setiap perbuatan adalah kerana menurut perintah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah, Allah s.w.t. menyukai hambannya yang berusaha bersungguh-sungguh dan selepas ini ialah kata hati saya, sengaja saya tuliskan untuk dikongsi.

    Kadang-kadang saya rasa tidak setuju dengan perkataan ‘dunia dan akhirat harus seimbang’ apabila ada puak yang menyalah tafsir mengikut kecenderungan masing-masing. Siapa yang menyuruh supaya kita menyeimbangkan dua benda yang berbeza, macamana mengukurnya, apa tiada perkataan lainkah yang lebih mudah difahami bersama.

    Apakah kita dijadikan untuk mati atau untuk mengabdi kepada pencipta. Adakah matlamat hidup anda untuk mati atau untuk mengabdikan dan menjadi hamba Tuhan yang paling patuh. Sudahkah kita mengambil tahu dan mematuhi seberapa banyak perintah-perintah Tuhan Pentadbir Seluruh Alam. Atau kita sedang berkhayal.

    Siapa contoh hamba Pencipta yang paling patuh sehingga disukai oleh Pencipta. Adakah beliau memilih untuk menunaikan perintah-perintah yang masyhur sahaja atau beliau buat sahaja apa yang disuruh.

    Setiap manusia mempunyai kecenderungan dan kebolehan yang berbeza, oleh itu adakah mereka akan melakukan kerja-kerja yang sama sahaja, atau berebut-rebut menunaiakn kerja-kerja yang hebat sahaja mengikut kaca mata manusia sezamannya.

    Apakah ukuran usaha-usaha manusia yang berbeza. Siapalah kita untuk mengukurnya, mengapa tidak diserahkan sahaja kepada Yang Maha Bijaksana dan Sangat Adil. Tidak cukupkah apabila kita mengetahui bahawa Tuhan menyukai orang yang berusaha. Samada ingin mengetahui berapa upahnya, atau menjadi hamba yang redha serta bersyukur dengan nikmat-nikmatNya.

    Setiap usaha samada kerana Allah atau kerana selainnya, terpulanglah kepada Tuhan untuk memberi ganjarannya. Beruntunglah sesiapa yang sentiasa sedar dan bersyukur setiap rezeki adalah dari Allah Yang Maha Kaya dan Pemurah.

    Adakah mereka yang diberi sedikit rezeki akan lebih taksub daripada mereka yang Tuhan berikan rezeki lebih banyak. Adakah perintah mengeluarkan zakat ditujukan kepada mereka yang tiada apa-apa. Adakah ingatakn supaya tidak terpedaya dengan nikmat di dunia ditujukan kepada yang tidak berada atau kepada yang berada.

    Siapa yang terpedaya apabila ingin meninggalkan perintah-perintah supaya menjadi khalifah memakmurkan dunia dengan cara mementingkan diri sendiri tidak mempedulikan orang di sekitar mereka dengan kesesatan yang disangkanya. Mengapa mereka menyangka dunia adalah neraka bagi muslim ketika Allah mengatakan orang yang berjuang dijalan Tuhannya akan mendapat kemenangan.

    Apabila kita mengaku bahawa setiap perbuatan adalah kerana Allah s.w.t., apa, perlu lagikah kita mengukur.

    Suka(0)Tak Suka(0)
    Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

    PARTI POLITIK – Bahagian 3

    Mungkin, suatu hari nanti, para pemimpin negara terdiri kumpulan-kumpulan pemimpin yang dibina oleh parti-parti berlainan dan dipilih oleh rakyat bermula dari sebagai ketua kampong (ketua masyarakat), seterusnya sebagai wakil rakyat dan wakil negara.

    Sebagai ketua kampong, mereka berperanan sebagai pemimpin dan wakil rakyat yang membela nasib dan keperluan rakyat. Sebagai balasannya, rakyat berhak memilih siapa yang benar-benar diperlukan untuk memimpin kampong mereka, untuk diketengahkan sebagai calon dan bakal pemimpin di masa hadapan. Perjuangan pemimpin begitu bukannya untuk parti sebaliknya untuk kepentingan rakyat yang memilihnya dan negaranya dan tuhannya. Sebagai pemimpin yang mengenang budi, diharapkan mereka tidak melupakan parti-parti yang mengasuh mereka menjadi orang berguna. Walau macamanapun, kepimpinan mereka lebih menyerlah dan terbukti apabila mereka berjuang untuk rakyat, negara dan tuhan pentadbir agong seluruh alam.

    Sebagai pemimpin negara dan negeri, tugas mereka bukaknya untuk menjadi tuan dan menerima segala ganjaran dan kemudahan dunia yang fana ini. Sebaliknya pemimpin yang adil dan bijaksana akan bekerja menjaga supaya kerajaan dan anggota kerajaan bekerja dengan baik, cekap dan amanah. Mereka yang menjadi pemimpin akan bertindak sebagai pengawal yang bijaksana supaya kerajaan dan pekerjanya bekerja dengan cekap dan berhemah.

    Kerajaan dan kakitangan kerajaan, akan mempunyai pengawal yang digeruni kerana keadilan dan kebijaksanaan, bukannya kerana sebab lain yang diragui oleh kebanyakan rakyat.

    Biarkan mereka yang berkelayakan menjalan kerja masing-masing, dari urusan mendidik, memilih, mengurus dan mengawal untuk kepentingan negara dan sebagai hamba yang patuh kepada tuhan yang menguasai kehidupan di dunia dan juga kehidupan di akhirat.

    Suka(0)Tak Suka(0)
    Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

    KEJAR WANG

    Samada kita sedang kejar wang atau kejar dunia. Itulah persoalan yang selalu diajukan kepada kita, seolah-olah apa-apa perbuatan yang diusahakan digambarkan sebagai sedang mengejar…

    Di sinilah perbezaan orang yang melakukan sesuatu kerana kehendak dirinya dengan seorang yang melakukan segala sesuatu kerana ingin menurut perintah-perintah tuan yang menguasai dan mentadbir alam ini.

    Tiada had tertentu apabila seseorang ingin berusaha menunaikan segala perintah-perintah bagi memakmurkan bumi yang fana ini. Apa yang ditegah hanyalah yang mengakibatkan kerosakkan dan ketidak adilan, semuanya terkandung di dalam ayat-ayat yang tertulis jelas dan nyata.

    Katakanlah setiap ayat-ayat yang tertulis nyata itu telah diselongkar oleh setiap manusia yang percaya. Apakah masih akan ada lagi ucapan-ucapan ‘mengejar dunia’ dituduh kepada insan-insan yang beriman dan mematuhi suruhan dan larangan tuan yang maha mengetahui lagi bijaksana.

    Asalkan semua perbuatan di dunia dilakukan kerana menurut perintah yang maha mulia, asalkan matlamatnya untuk kebahagiaan di akhirat kelak, mengapa dipersoalkan perbuatan-perbuatan mereka yang bermotivasi dan jelas.

    Setiap perbuatan, samada puasa, haji atau bekerja dan lain-lain yang baik, jika dilakukan kerana sebab-sebab lain selain kerana menurut perintah tuhan yang maha tingggi, itulah dia mengejar dunia.

    Apa, belum boleh dibezakan lagikah perkara itu? sehingga lahir begitu ramai munafik yang seolah-olah melakukan kebajikan tetapi sebenarnya merosakkan ummat dan bekalan orang lain yang mudah terpedaya.

    Perhatikanlah bagaimana contoh-contoh kehidupan mereka di zaman rasul-rasul, adakah mereka tidak memakmurkan bumi, apakah mereka melakukan sesuatu kerana inginkan balasan dan nama baik di dunia. Satu contoh yang sukar dipercayai ialah kisah seorang pemuda yang membela sepasang babi. Adakah dia sedang mengejar dunia atau apa?. Tentu ini berbeza dengan orang memelihara babi untuk dimakan.

    Akhir kata, tulisan ini sengaja ditulis dengan tanpa penelitian kerana inginkan sumbangan anda untuk berkongsi dan perbetulkan kesilapan yang terjadi sepanjang tulisan ini ditulis.

    Hanya allah yang maha mengetahui apa yang kusampaikan dan yang tersembunyi.

    Suka(0)Tak Suka(0)
    Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.