Tag Archives: doa

DOA ORANG YANG DISAYANGI TUHAN BELUM TENTU DITERIMA

Apa yang menjadi syarat penting menyebabkan tuhan menerima doa seseorang. Atau ada yang masih menganggap semua doa orang pilihan tuhan diterima asalkan dia berdoa.

Boleh jadi orang mengatakan doanya tidak diterima kerana harapkan doa dari orang pilihan tuhan tetapi sebenarnya mereka bukan orang begitu. Ketika yang lain, ada juga yang mengirimkan doa kepada tuhan melalui orang tertentu kerana merasakan dirinya hina sehingga tuhan mungkin tidak akan tunaikan doanya jika dia berdoa.

Benarkah semua doa orang kesayangan tuhan, doanya diterima tambahan lagi berdoa di tempat mulia.

Kelihatannya seperti bukan siapa dan di mana orang berdoa yang menjadi sebab utama diterima. Kita dapat mengetahui bahawa nabi ibrahim banyak berdoa kepada tuhannya, banyak doanya diterima tuhan, ada yang bersyarat dan ada juga ditolak.

Nampaknya apabila kita berdoa, bukan siapa kita yang menjadi syarat utama tetapi apa yang kita doakan dan untuk orang yang bagaimana kita berdoa yang menjadi syarat diterima doa.

 


 

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.