Tag Archives: bumi

KEJAR WANG

Samada kita sedang kejar wang atau kejar dunia. Itulah persoalan yang selalu diajukan kepada kita, seolah-olah apa-apa perbuatan yang diusahakan digambarkan sebagai sedang mengejar…

Di sinilah perbezaan orang yang melakukan sesuatu kerana kehendak dirinya dengan seorang yang melakukan segala sesuatu kerana ingin menurut perintah-perintah tuan yang menguasai dan mentadbir alam ini.

Tiada had tertentu apabila seseorang ingin berusaha menunaikan segala perintah-perintah bagi memakmurkan bumi yang fana ini. Apa yang ditegah hanyalah yang mengakibatkan kerosakkan dan ketidak adilan, semuanya terkandung di dalam ayat-ayat yang tertulis jelas dan nyata.

Katakanlah setiap ayat-ayat yang tertulis nyata itu telah diselongkar oleh setiap manusia yang percaya. Apakah masih akan ada lagi ucapan-ucapan ‘mengejar dunia’ dituduh kepada insan-insan yang beriman dan mematuhi suruhan dan larangan tuan yang maha mengetahui lagi bijaksana.

Asalkan semua perbuatan di dunia dilakukan kerana menurut perintah yang maha mulia, asalkan matlamatnya untuk kebahagiaan di akhirat kelak, mengapa dipersoalkan perbuatan-perbuatan mereka yang bermotivasi dan jelas.

Setiap perbuatan, samada puasa, haji atau bekerja dan lain-lain yang baik, jika dilakukan kerana sebab-sebab lain selain kerana menurut perintah tuhan yang maha tingggi, itulah dia mengejar dunia.

Apa, belum boleh dibezakan lagikah perkara itu? sehingga lahir begitu ramai munafik yang seolah-olah melakukan kebajikan tetapi sebenarnya merosakkan ummat dan bekalan orang lain yang mudah terpedaya.

Perhatikanlah bagaimana contoh-contoh kehidupan mereka di zaman rasul-rasul, adakah mereka tidak memakmurkan bumi, apakah mereka melakukan sesuatu kerana inginkan balasan dan nama baik di dunia. Satu contoh yang sukar dipercayai ialah kisah seorang pemuda yang membela sepasang babi. Adakah dia sedang mengejar dunia atau apa?. Tentu ini berbeza dengan orang memelihara babi untuk dimakan.

Akhir kata, tulisan ini sengaja ditulis dengan tanpa penelitian kerana inginkan sumbangan anda untuk berkongsi dan perbetulkan kesilapan yang terjadi sepanjang tulisan ini ditulis.

Hanya allah yang maha mengetahui apa yang kusampaikan dan yang tersembunyi.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.