Tag Archives: beriman

SIAPA YANG KETGA

Pilihan di tangan masing-masing, samada ingin pilih jalan yang diredhai atau jalan yang dimurkai atau jalan seperti orang yang dibiarkan sesat. Nampaknya seperti ada 3 jalan sahaja. Kemudian aku dapati sebenarnya hanya ada dua sahaja iaitu jalan yang diredhai atau jalan yang dimurkai oleh Tuhan Pentadbir Tunggal bagi seluruh alam ini.

Mengapa aku katakan jalan yang sesat tidak termasuk dalam pilihan bagi mereka yang memilih?. Aku katakan demikian kerana aku dapati mereka yang tersalah pilihlah yang dengan tidak sengaja terjerumus ke jalan kesesatan.

Ini yang bahayanya, ingin memilih jalan benar tetapi tersesat! bagi yang sesat kerana memilih jalan dimurkai, sama sahaja, kerana kedua-duanya bukannya jalan yang benar.

Bolehkan tuan bersetuju dengan pendapat ini? Tentu sangat menyedihkan apabila tersesat, sedangkan keinginan sebenarnya untuk menperolehi jalan yang diredhai. Mengapa terjadi demikian…. nampaknya kita kena sentiasa rujuk. Silalah sentiasa rujuk kepada sumber yang sebenar.

Ada dua perkara yang berkaitan dengan memilih siapa yang diingati dahulu apabila terdengar satu isu ini. Apabila dua orang berbicara, siapa yang ketiganya. Kita sudah biasa mendengar orang berkata yang ketiganya adalah syaitan. Lalu kita menghindari berdua-dua-an kerana takut bisikan syaitan.

Pernahkan anda mendengar petikan ini pula “.. Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka – pada hari kiamat – apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu… “

Lalu, pasangan lelaki dan perempuan dan sesiapa sahaja yang berkomunikasi samada di bawah pohon kemboja atau berchatting di facebook, mereka akan sentiasa ingat bahawa Allah sangat maha mengetahui dan membalas setiap apa yang mereka lakukan.

Kemudia ada lagi pesanan dari yang maha perkasa iaitu seperti petikan ini :

“ .. Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berbisik-bisik sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan pencerobohan serta perbuatan derhaka kepada Rasulullah; dan (sebaliknya) berbisiklah untuk berbuat kebajikan dan bertaqwa. Dan hendaklah kamu tetap bertaqwa kepada Allah yang kepadaNya kamu semua akan dihimpunkan (pada hari kiamat untuk dihitung amal kamu dan menerima balasan).

Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.. “

Wassalam.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.