PERBANDINGAN KISAH PENYEMBELIHAN ANAK NABI IBRAHIM MENURUT BIBLE DAN QURAN – BAHAGIAN 1

BIBLE

KITAB KEJADIAN 22:2 dan 7

  • Firman-Nya: “Ambillah anakmu yang tunggal itu, yang engkau kasihi, yakni Ishak, pergilah ke tanah Moria dan persembahkanlah dia di sana sebagai korban bakaran pada salah satu gunung yang akan Kukatakan kepadamu.”
  • Lalu berkatalah Ishak kepada Abraham, ayahnya: “Bapa.” Sahut Abraham: “Ya, anakku.” Bertanyalah ia: “Di sini sudah ada api dan kayu, tetapi di manakah anak domba untuk korban bakaran itu?“

QURAN

As-Saaffaat 37:102

  • Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar“.

  1. Di dalam bible dinyatakan siapakah nama anak tunggal nabi Ibrahim, berbanding al-quran tidak menyatakan nama, siapakah yang akan dikorbangkan. Jika di dalam bible tidak dinyatakan nama anak yang akan dikorbangkan sebagaimana yang terkandung di dalam quran, sudah tentu kita akan memahami kedua-dua ayat dari bible dan quran berkata mengenai nabi Ismail.
  2. Di dalam bible, anaknya bertanyakan satu soalan kepada bapa seolah-olah nabi Ibrahim tidak berterus-terang kepada anak tunggalnya mengenai korban yang akan dilakukan, berbanding dengan quran, nabi Ibrahim telah berterus-terang kepada anaknya mengenai mengorbankan anak sendiri, dan anaknya merestui keadaan itu.

 

 

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *