PARTI POLITIK – Bahagian 3

Mungkin, suatu hari nanti, para pemimpin negara terdiri kumpulan-kumpulan pemimpin yang dibina oleh parti-parti berlainan dan dipilih oleh rakyat bermula dari sebagai ketua kampong (ketua masyarakat), seterusnya sebagai wakil rakyat dan wakil negara.

Sebagai ketua kampong, mereka berperanan sebagai pemimpin dan wakil rakyat yang membela nasib dan keperluan rakyat. Sebagai balasannya, rakyat berhak memilih siapa yang benar-benar diperlukan untuk memimpin kampong mereka, untuk diketengahkan sebagai calon dan bakal pemimpin di masa hadapan. Perjuangan pemimpin begitu bukannya untuk parti sebaliknya untuk kepentingan rakyat yang memilihnya dan negaranya dan tuhannya. Sebagai pemimpin yang mengenang budi, diharapkan mereka tidak melupakan parti-parti yang mengasuh mereka menjadi orang berguna. Walau macamanapun, kepimpinan mereka lebih menyerlah dan terbukti apabila mereka berjuang untuk rakyat, negara dan tuhan pentadbir agong seluruh alam.

Sebagai pemimpin negara dan negeri, tugas mereka bukaknya untuk menjadi tuan dan menerima segala ganjaran dan kemudahan dunia yang fana ini. Sebaliknya pemimpin yang adil dan bijaksana akan bekerja menjaga supaya kerajaan dan anggota kerajaan bekerja dengan baik, cekap dan amanah. Mereka yang menjadi pemimpin akan bertindak sebagai pengawal yang bijaksana supaya kerajaan dan pekerjanya bekerja dengan cekap dan berhemah.

Kerajaan dan kakitangan kerajaan, akan mempunyai pengawal yang digeruni kerana keadilan dan kebijaksanaan, bukannya kerana sebab lain yang diragui oleh kebanyakan rakyat.

Biarkan mereka yang berkelayakan menjalan kerja masing-masing, dari urusan mendidik, memilih, mengurus dan mengawal untuk kepentingan negara dan sebagai hamba yang patuh kepada tuhan yang menguasai kehidupan di dunia dan juga kehidupan di akhirat.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.