Go to ...

bLog Juga

BLOG ORANG AWAM Yang Berbicara Perkara Kecik, Remeh & Keduniaan Jer

– ARTIKEL RAWAK –

PARTI POLITIK – Bahagian 2
[one-third-first] [caption id="attachment_229" align="alignnone" width="107"] Logo Blog Juga[/caption] [/one-third-first] Salah satu perbezaan Parti Politik dengan pertubuhan lain ialah parti politik…
Continue reading »

RSS Feed

May 22, 2019

ORANG BUTA DAN GAJAH




Kisah Orang Buta dan Gajah Bahagian 2

Ini adalah sambungan kisah orang buta dan gajah. Selepas tersebar dengan meluasnya kisah macamana beberapa orang buta cuba mengambarkan rupa gajah apabila mereka diberi peluang merasa dengan tangan sendiri suatu ketika dahulu.

Maka hari ini, kisah itu juga telah juga terus tersebar kepada orang-orang zaman sekarang, bermacam-macamlah ulasan yang keluar dari mulut pendengar mengikut kecerdasan akal masing-masing.

Berita komentar para pendengar, akhirnya sampai juga kepada jemaah orang-orang buta yang telah terlanjur membuat fatwa macamana rupa gajah. Akhirnya dengan izin tuhan yang maha agong, dipertemukan kembali jemaah tersebut untuk menilai semula apa yang mereka perkatakan suatu ketika dahulu. Setelah berbincang dan mengemukakan hujah masing-masing, mereka telah membuat kata putus yang baru dengan izin tuhan yang sama juga iaitu penguasa bagi seluruh alam.

Dengan kemudahan yang diterima pakai oleh kebanyakan manusia zaman sekarang seperti yang telah tuhan khabarkan semenjak dari dahulu lagi iaitu kemudahan internet. Dengan kuasa tuhan yang maha bijak lagi maha adil, pada suatu hari, seorang pengunjung dari beberapa pengunjung blog orang buta! Telah dengan bangganya cuba memperbaiki kesilapan orang buta dengan menceritakan bentuk sebenar gajah. Katanya rupa gajah adalah begini-begini

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.