Go to ...

bLog Juga

BLOG ORANG AWAM Yang Berbicara Perkara Kecik, Remeh & Keduniaan Jer

RSS Feed

July 22, 2019

MENCARI RAHSIA KETURAH – BAHAGIAN 3


Siapakah keturunan nabi Ibrahim dari keturunan Ketura mengikut kitab Kejadian.

  • Dari Keturah, enam orang anak iaitu Zimran, Yoksan. Medan, Midian, Isybak, dan Suah.
  • Keturunan Zimran, Medan, Isybak, dan Suah tidak diketahui.
  • Yoksan ada dua orang anak iaitu Syeba dan Dedan.
  • Midian ada lima orang anak iaitu Efa, Efer, Henokh, Abida, dan Eldaa.
  • Anak-anak Efa, Efer, Abida, dan Eldaa tidak diketahui.
  • Anak-anak Dedan ialah Asyur, Letush, dan Leum. Anak-anak Letush dan Leum tidak diketahui.

Mengikut sumber kitab Kejadian, hanya tiga nama kerap diceritakan iaitu Syeba, Henokh, dan Asyur. Siapakah mereka bertiga itu?

Kita akan lihat banyak kisah-kisah mengenai mereka bertiga, tetapi kebanyakannya bukan dari keturunan Keturah. Perhatikan beberapa petikan berikut;

  • Keturunan Kush ialah Seba, Hawila, Sabta, Raema dan Sabtekha; anak-anak Raema ialah Syeba dan Dedan.
  • Yoktan memperanakkan Almodad, Selef, Hazar-Mawet dan Yerah, Hadoram, Uzal dan Dikla, Obal, Abimael dan Syeba, Ofir, Hawila dan Yobab; itulah semuanya keturunan Yoktan. – adakah Yoktan dan Yoksan orang yang sama?
  • Isteri nabi Sulaiman juga dikenali sebagai puteri Syeba
  • Keturunan Sem ialah Elam, Asyur, Arpakhsad, Lud dan Aram

Yaacob bernikah dengan anak nabi Ismail. Dapat anak bernama Ruben, anak Ruben ialah Henokh. Ada banyak kisah mengenai Henokh, salah satunya ialah yang ini.

 

 

 

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.