Go to ...

bLog Juga

BLOG ORANG AWAM Yang Berbicara Perkara Kecik, Remeh & Keduniaan Jer

– ARTIKEL RAWAK –

BLOG JUGA BERMULA DI SINI
[prisna-google-website-translator] [one-fourth-first] [/one-fourth-first] Pengertian dari blog adalah kependekan dari Weblog, istilah yang pertama kali digunakan oleh Jorn Barger pada bulanDesember…
Continue reading »

RSS Feed

April 19, 2019

KAUM TSAMUD


Kaum Pemahat Gunung.

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian ketika memerhatikan apa yang berlaku di Petra, Jordan. Dikatakan petra telah wujud semenjak 4000 tahun sebelum masihi. Ini adalah bukti tamadun manusia yang sangat lama. Petra wujud selepas kaum Iram memulakan kehidupan baharu selepas tempat asalnya musnah akibat gempa.

Di manakah Iram. Kenapa nama Iram bunyinya seperti nama Rom. Apakah persamaan yang boleh diperhatikan antara Iram dan Rom. Ya, di sanalah pernah terbinanya satu kaum yang mendirikan bangunan-bangunan bertiang besar dan kukuh. Peninggalan runtuhan bangunannya masih boleh dilihat hingga hari ini. Di sinilah nabi Hud menyampaikan pesanan-pesanan dari pemilik alam ini tetapi pesanannya tidak diendahkan. Akibatnya mereka musnah. Dan orang-orang yang bersama-sama nabi Hud berpindah dan mulakan kehidupan baharu di Petra Jordan.

Akhirnya mereka membina bangunan-bangunan besar yang dipahat dari gunung. Setelah sekaian lama. Begitulah sifat manusia, setelah mengharungi kehidupan, mereka mengulangi kesalahan yang sama. Kemudian tuhan mengutus nabi Salleh untuk mengajak mereka ke jalan benar. Tetapi manusia mempunyai satu sifat yang tidak berubah. Mereka merasakan apa yang masyarakat lakukan adalah benar dan apa yang rasul lakukan adalah salah. Akibatnya mereka didengarkan dengan suatu bunyi sang sangat kuat menyebabkan mereka mati di situ juga.

Begitulah manusia. Setelah mereka ramai dan mencapai taraf hidup yang sempurna. Manusia mudah melupakan nikmat tuhan dan menjadi manusia yang merasakan melakukan kebaikan tetapi tidak.

Ada beberapa perkara yang menarik dengan penduduk petra ini. Tempat ini disebut juga penduduk kota hijr. Sesiapa yang diberi kesempatan untuk mengunjungi kota hijr ini. Nah bunyinya seperti mengerjakan haji. Di sinilah kita akan mengetahui bahawa rumah-rumah ini semenjak dibina tidak pernah runtuh seperti kebanyakan rumah-rumah lain yang telah runtuh dan dibina semula. Tetapi rumah yang tuhan jaga hingga hari ini tidak runtuh. Walaupun penduduknya telah derhaka dan musnah ditimpa bunyi yang sangat kuat, rumahnya masih kukuh hingga sekarang.

Rumah-rumah di sini sangat tua, untuk sampai ke tempat ini, kita tidak boleh datang dengan bas atau kenderaan besar. Kenderaan yang ada hanyalah kaldai dan unta-unta sahaja. Kerana jalan ke sini berliku dan terpaksa melalui celahan bukit. Di sinilah kita boleh melihat tanda-tanda kebesaran tuhan. Di sinilah seorang nabi Salleh pernah berdakwah dan sudah tentu kita masih ingat kisah unta yang keluar dari celah-celah batu sebagaimana sampainya kita dari celah-celah batu dengan unta yang kurus.

 

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

Tags: , ,