Dosa Yang Disangka Syurga

Siapa yang tahu apa yang dirancang oleh Mat Jenin. adakah nenek itu penyebar berita buruk ? ini hanyalah khayalan orang yang perlekehkan orang lain. Padahal, jika benar-benar wujud Mat Jenin yang mempunyai minda usahawan dan pengetahuan ekonomi yang baik, boleh jadi telah berjaya mencapai matamatnya. Boleh jadi sengaja diceritakan dari sudut yang lain supaya orang yang dengar khabar mengenai dia, salah sangka dan tidak menjadikan dia contoh tauladan yang baik, sebaliknya mencemuh.

Kisah begini masih terjadi zaman ini, apabila lahir seorang usahawan, terdengarlah berita-berita yang menceritakan keburukan menyebabkan orang tidak ingin jadikan contoh tauladan. Ini menyedarkan kita bahawa benar-benar wujud dua jenis orang jahat yang bersembunyi iaitu yang menyampaikan berita palsu dan yang suka mendengar berita palsu.

Lihatlah, inilah cara paling berkesan untuk meruntuhkan ekonomi orang lain dan dalam masa sama terhalang usaha orang yang sepatutnya mencontohi orang berjaya kerana buruk yang disangka.

Yang lebih zalim lagi ialah menggunakan nama kebenaran menasihati supaya percaya sedangkan itu adalah pembohongan. Ingatlah bagaimana iblis memperdaya adam.

Dan ia (iblis) bersumpah kepada keduanya: “Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua”. (Al-A’raaf 7:21)

Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua dengan tipu dayanya.

Ingatlah: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujuraat 49:6)

Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang benar.

Untuk ketahui kisah ini baca di Cerita Rakyat Malaysia



    Suka(0)Tak Suka(0)
    Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *