Cara Hidup Archives – Page 2 of 4 – bLog Juga

TANPA DISEDARI INI DIPERLIHAT MEMUJA API

Posted on

Kita mengaku tidak dalam kalangan pemuja api, qadariah atau jabariah. Siapakah mereka ini. Lihatlah, perjalanan ini seperti berdiri di atas sehelai rambut yang dibelah tujuh. Kita ingin tempuhi perjalan ini dengan benar, dalam masa sama kita tidak melihat jalan yang sedang dilalui. Perjalan kita menuju perhimpunan besar sedang berlaku. Adakah kita termasuk dalam yang terselamat … Continue reading TANPA DISEDARI INI DIPERLIHAT MEMUJA API

ADAKAH KITA YAKIN KEPADA DIRI SENDIRI ATAU TIDAK

Posted on

Jika anda tidak yakin kepada diri sendiri, adakah kerana keyakinan itu tidak pernah ada atau kerana yakin kepada yang lain. Seolah-olah apa yang terjadi ialah samada yakin kepada diri sendiri, tidak ada keyakinan atau yakin kepada yang lain. Jika yakin kepada yang lain, kepada siapa diyakini, adakah kepada orang atau kepada siapa? Benarkah keyakinan tidak … Continue reading ADAKAH KITA YAKIN KEPADA DIRI SENDIRI ATAU TIDAK

KISAH ORANG TAK PERCAYA BERI MAKAN ORANG PUASA

Posted on

Apabila lihat orang tidak islam beri makan dan minum kepada orang islam, saya teringat kisah orang-orang arab yang beri makan dan minum kepada orang haji sebelum islam. Izinkan saya kongsi teks tersebut. Dan Ia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakiNya; dan (ingatlah) Allah Maha … Continue reading KISAH ORANG TAK PERCAYA BERI MAKAN ORANG PUASA

Adapun kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk kepadanya, LALU MEREKA MENGUTAMAKAN KESESATAN DARI HIDAYAH PETUNJUK, mereka pun disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan. Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman serta mereka tetap bertaqwa. Fussilat Suka(0)Tak Suka(0) Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post … Continue reading ORANG YANG MENGUTAMAKAN KESESATAN DARI HIDAYAH PETUNJUK

MARI BELI TIKET UNTUK ROMBONGAN KE SANA

Posted on

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Turunnya Kitab Al-Quran ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya. Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan … Continue reading MARI BELI TIKET UNTUK ROMBONGAN KE SANA

SIAPA YANG LAYAK MEMBERI SYAFAAT

Posted on

Patutkah mereka mengambil yang lain dari Allah menjadi pemberi SYAFAAT? Bertanyalah: “Dapatkah yang lain dari Allah memberi syafaat padahal semuanya tidak pula mengerti?” Katakanlah: “SYAFAAT ITU SEMUANYA HAK KEPUNYAAN ALLAH; Dia lah Yang Menguasai segala urusan langit dan bumi; kemudian kamu akan dikembalikan kepadaNya.” Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila disebut nama … Continue reading SIAPA YANG LAYAK MEMBERI SYAFAAT

BAGAIMANAKAH PERUMPAMAAN SUATU KEMATIAN

Posted on

Boleh jadi kita mempunyai anggapan yang berbeza atau serupa bagaimana memahami suatu kematian. Jika apa yang akan disampaikan ini didapati tidak serupa dengan apa yang tuan telah sedia maklum selama ini, kami tiada masalah untuk menerima teguran tuan. Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya … Continue reading BAGAIMANAKAH PERUMPAMAAN SUATU KEMATIAN

INILAH DUA SITUASI MENGHADAPI KEMATIAN

Posted on

Kita sudah biasa mendengar banyak kisah-kisah bagaimana seorang manusia ketika menghadapi kematian dan ketika di barzah. Pandangan yang akan disampaikan ini ialah bagaimana saat kematian atau sakratul-maut sebelum dibangkitkan hidup semula. Perhatikan persamaan dan perbezaan yang akan disampaikan ini dengan kisah-kisah yang telah banyak kita dengar. Tuan boleh hendak percaya atau tidak percaya dengan apa … Continue reading INILAH DUA SITUASI MENGHADAPI KEMATIAN

TELAH DEKAT SAAT ITU TELAH TERBELAH BULAN

Posted on

Adakah isu ini telah selesai diperkata atau masih ada beberapa perkara yang layak diperkata saat ini. Satu isu yang masih hangat ialah adakah isu ini tidak perlu diperkatakan lagi, ketika orang terus mempersoal dan mencari tanda. Saya percaya, kita telah sepakat menyakini bahawa bulan terbelah tidak dapat dibuktikan dengan fakta-fakta sains dan ilmiah. Persoalannya adakah … Continue reading TELAH DEKAT SAAT ITU TELAH TERBELAH BULAN

Perhatikan sambungan kisah korban anak nabi Ibrahim ini menurut bible dan quran. Menurut bible, selepas itu nabi Ibrahim mendapat berita kelahiran bapa Ribka, Betuel. Adakah ini bermakna selepas Ishak hendak dikorbangkan, nabi Ibrahim baru mengetahui mengenai kelahiran bapa bakal menantunya atau kelahiran Ribka. Berbeza dengan quran, selepas terhindar dari gerah menyembelih anak tunggalnya, nabi Ibrahim … Continue reading PERBANDINGAN KISAH PENYEMBELIHAN ANAK NABI IBRAHIM MENURUT BIBLE DAN QURAN – BAHAGIAN 2

Di dalam bible dinyatakan siapakah nama anak tunggal nabi Ibrahim, berbanding al-quran tidak menyatakan nama, siapakah yang akan dikorbangkan. Jika di dalam bible tidak dinyatakan nama anak yang akan dikorbangkan sebagaimana yang terkandung di dalam quran, sudah tentu kita akan memahami kedua-dua ayat dari bible dan quran berkata mengenai nabi Ismail. Di dalam bible, anaknya … Continue reading PERBANDINGAN KISAH PENYEMBELIHAN ANAK NABI IBRAHIM MENURUT BIBLE DAN QURAN – BAHAGIAN 1

KISAH PENYEMBELIHAN ANAK NABI IBRAHIM – MENURUT BIBLE

Posted on

KITAB KEJADIAN 22:(1 – 23) Setelah semuanya itu Allah mencoba Abraham. Ia berfirman kepadanya: “Abraham,” lalu sahutnya: “Ya, Tuhan.” Firman-Nya: “Ambillah anakmu yang tunggal itu, yang engkau kasihi, yakni Ishak, pergilah ke tanah Moria dan persembahkanlah dia di sana sebagai korban bakaran pada salah satu gunung yang akan Kukatakan kepadamu.” Keesokan harinya pagi-pagi bangunlah Abraham, … Continue reading KISAH PENYEMBELIHAN ANAK NABI IBRAHIM – MENURUT BIBLE

KISAH PENYEMBELIHAN ANAK NABI IBRAHIM – MENURUT QURAN

Posted on

(As-Saaffaat 37:100 – 113) ” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar. Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam … Continue reading KISAH PENYEMBELIHAN ANAK NABI IBRAHIM – MENURUT QURAN

MENCARI RAHSIA KETURAH – BAHAGIAN 4

Posted on

Dari keturunan siapakah bangsa Midian atau Madyan itu? Kita tahu nabi Musa bernikah dengan anak seorang nabi dari keturunan Midian. Adakah kaum Midian ada hubungan dengan Keturah atau keturunan Hagar. Perhatikan petikan kitab kejadian 37 mengenai kisah nabi Yusof seperti berikut; Kejadian 37:(27) Marilah kita jual dia kepada orang Ismael ini, tetapi janganlah kita apa-apakan … Continue reading MENCARI RAHSIA KETURAH – BAHAGIAN 4

MENCARI RAHSIA KETURAH – BAHAGIAN 3

Posted on

Siapakah keturunan nabi Ibrahim dari keturunan Ketura mengikut kitab Kejadian. Dari Keturah, enam orang anak iaitu Zimran, Yoksan. Medan, Midian, Isybak, dan Suah. Keturunan Zimran, Medan, Isybak, dan Suah tidak diketahui. Yoksan ada dua orang anak iaitu Syeba dan Dedan. Midian ada lima orang anak iaitu Efa, Efer, Henokh, Abida, dan Eldaa. Anak-anak Efa, Efer, Abida, dan Eldaa tidak … Continue reading MENCARI RAHSIA KETURAH – BAHAGIAN 3

MENCARI RAHSIA KETURAH – BAHAGIAN 2

Posted on

Benarkah nabi Ibrahim mempunyai lapan orang anak iaitu Ismail, Ishak, Zimran, Yoksan, Medan, Midian, Isybak dan Suah. Atau dia hanya mempunyai dua orang anak sahaja iaitu Ismail dan Ishak. Kenapa al-quran tidak pernah menyebut nama anak-anak lain selain Ismail dan Ishak. Perhatikan petikan ini, iaitu : Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku … Continue reading MENCARI RAHSIA KETURAH – BAHAGIAN 2

MENCARI RAHSIA KETURAH – BAHAGIAN 2

Posted on

Benar nama Keturah adalah nama yang misteri. Kenapa nama tersebut tiba-tiba muncul saat nabi Ibrahim dijemput tuhannya. Apakah rahsianya, adakah kerana kebencian bani israel kepada keturunan Keturah atau sengaja diada-adakah untuk menyembunyikan keturunan Hagar. Benarkah Keturah wujud atau hanya nama lain untuk Hagar. jika Keturah sebenarnya tidak wujud, adakah ia akan merubah kisah bangsa melayu … Continue reading MENCARI RAHSIA KETURAH – BAHAGIAN 2

Sebelum saya meneruskan tulisan ini, saya mohan jutaan kemaafan daripada pembaca kerana akan menulis isu begini.  Bagaimana akan saya menyatakan apa yang terbuku di hati supaya difahami dengan baik dan tidak mengeruhkan keadaan. BAB 1 Tidak dapat dinafi bahawa kisah sejarah tanah melayu dipelopori suatu bangsa “melayu” yang saya lihat seolah-olah bukan bangsa melayu tetapi … Continue reading ENTAH KENAPA PERKATAAN JAWO, KELING DAN RIAU JADI PENTING

PENTING SANGATKAH YUDAS NI

Posted on

  Nama Yudas telah dikaitkan dengan kisah penyaliban nabi Isa a.s. Banyak cerita yang diceritakan oleh pencerita mengenai cerita ini. Ada yang kata dialah yang bertukar dengan nabi isa ketika orang mengejar nabi untuk disalib, ada yang kata dia mati gantung diri, ada yang kata dia mati telengkup dan pecah perut. Boleh jadi kisah dia menulis kitab … Continue reading PENTING SANGATKAH YUDAS NI

BUKAN YUDAS MENGGANTIKAN NABI ISA

Posted on

Salam hormar, Saya dapati terjemahan al-quran 4:157 ada berbagai ragam. Saya petik salah satunya iaitu; dan perkataan mereka sesungguhnya kami telah membunuh al masih isa putra masyam rasul allah dan tidak mereka membunuhnya dan tidak mereka menyalibnya akan tetapi diserupakan bagi mereka dan sesungguhnya orang-orang yang berselisih padanya benar-benar dalam keragu-raguan daripadanya apa bagi mereka … Continue reading BUKAN YUDAS MENGGANTIKAN NABI ISA

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka: sesungguhnya Aku sentiasa hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku, dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. Al-Baqarah 2:186 Suka(0)Tak Suka(0) Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post … Continue reading TUHANKU PERKENANKAN PERMOHONAN ORANG YANG BERDOA

FAHAM KE TIDAK

Posted on

Dan apabila engkau membaca Al-Quran, Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu. Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami … Continue reading FAHAM KE TIDAK

PERNIAGAAN YANG BOLEH MENYELAMATKAN KAMU DARI AZAB SEKSA

Posted on

Wahai orang–orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang … Continue reading PERNIAGAAN YANG BOLEH MENYELAMATKAN KAMU DARI AZAB SEKSA

PENYEBARAN AGAMA KRISTIEN DI ROM

Posted on

Lebih kurang tiga abad setelah kematian Kaisar Augustus (meninggal pada tahun 14 Masehi), Rom yang berbentuk kekaisaran telah berkembang dengan pesatnya. Dengan wilayah yang luas dan kekuatan tentera yang tak dapat dikalahkan, kekaisaran Romawi menjadi kekaisaran terbesar di dunia yang telah dikenal ketika itu, masa yang biasa disebut Pax Romana, di mana pun terwujud. Konstantin yang agung, atau … Continue reading PENYEBARAN AGAMA KRISTIEN DI ROM

SIAPAKAH DUA GOLONGAN YANG TIDUR 300 TAHUN ITU

Posted on

Salam hormat, Sebelum AMBO bicarakan siapakah dua golongan yang tidur sehingga 300 tahun, ambo ingin menyatakan bilakah mereka tidur. Adakah SEBELUM kehadiran nabi Isa atau SELEPAS. Nampaknya, kita boleh bersetuju bahawa mereka bangkit selepas zaman nabi Isa. Ambo membahagikan tahun kebangkitan mereka kepada dua iaitu antara tahun ke-30 hingga 330 tahun dan tahun 300 ke atas sebelum … Continue reading SIAPAKAH DUA GOLONGAN YANG TIDUR 300 TAHUN ITU

PERSAMAAN KERIS DAN TEMBOK ZULKARNAIN

Posted on

Keris ialah campuran perlbagai besi yang dipanaskan bersama-sama, dibentuk kemudian dicelup ke dalam air atau minyak hitam. Keris berbeza dengan pedang atau pisau. Jika diperhatikan mengikut susunan, pembuatan pedang atau baju besi telah dikaitkan dengan nabi Daud. Kemudian teknologi besi telah berkembang sehinggalah Zulkarnain memperkenalkan kaedah mencampurkan besi-besi yang panas tetapi tidak cair ke dalam … Continue reading PERSAMAAN KERIS DAN TEMBOK ZULKARNAIN

ANTARA KEFAS DENGAN KAHFI

Posted on

Siapakah dua orang pemuda itu.  Siapakah Kefas dan siapakah Kahfi yang menjadi sebutan orang semenjak dahulu hingga sekarang. Adakah mereka pemuda-pemuda yang berlainan atau orang yang sama. Siapakah Kefas. Nama Kefas dirujuk kepada gelaran seorang murid dan sahabat kepada nabi Isa a.s. Nama sebenarnya ialah Simon Petrus. Penganut kristien memanggilnya Saint Peter, Paderi pertama yang … Continue reading ANTARA KEFAS DENGAN KAHFI

Kisah Penyaliban Nabi Isa

Posted on

dan perkataan mereka sesungguhnya kami telah membunuh al masih isa putera maryam rasul allah dan tidak mereka membunuhnya dan tidak mereka menyalibnya akan tetapi diserupakan bagi mereka dan sesungguhnya orang-orang yang berselisih padanya benar-benar dalam keragu-raguan daripadanya apa bagi mereka dengannya dari keyakinan kecuali mengikut persangkaan dan tidak mereka membunuhnya yakin. Izinkan saya menyatakan apa … Continue reading Kisah Penyaliban Nabi Isa

APA DIA TUHAN SEKALIAN ALAM ITU ?

Posted on

Ingatkah ketika Nabi Musa a.s. diperintahkan untuk berhadapan dengan Raja Mesir. Sedangkan nabi Musa ialah anak yang dipelihara Raja itu. Seolah-olah kita diperintahkan berdakwah kepada ayah sendiri, bagaimanakah hendak hadapi ujian begini. Persoalan apakah yang ditanya oleh Raja kepada nabi Musa a.s. Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baharu lahir, … Continue reading APA DIA TUHAN SEKALIAN ALAM ITU ?

RUMAH SUCI INI

Posted on

Tempat suci yang dicemari oleh tangan hitam yang ingin dilihat suci. Jika tempat suci itu ialah rumah di mana orang kotor boleh disucikan, itu adalah layak untuk mereka. Jika tempat suci itu ialah rumah di mana hanya orang-orang yang terpilih sahaja boleh mendudukinya, apa telah terjadi sehingga ia boleh diceroboh oleh kekotoran. Adakah rumah suci … Continue reading RUMAH SUCI INI

KITA TELAH MENGGUNAKAN KUASA

Posted on

Tuhan telah beri kita kuasa, kita telah menggunakan kuasa untuk memilih wakil rakyat (wakil kita) samada ke Dewan Undangan Negeri atau Dewan Negara. Lihatlah siapa yang kita pilih. Mampukah mereka menasihati raja-raja. Atau mereka sebagai pengampu-pengampu yang selesa bernaung di bawah raja yang lemah dan tersembunyi seribu isu supaya mudah diugut. Adakah wakil-wakil rakyat jelata … Continue reading KITA TELAH MENGGUNAKAN KUASA

SAYANG TUHAN ATAU SAYANG ALLAH

Posted on

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan”. Padahal tiada Tuhan melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Al-Maaidah 5:73) Apakah kelakuan kita … Continue reading SAYANG TUHAN ATAU SAYANG ALLAH

PEMIMPIN KAUM MUSLIMIN

Posted on

Dalam sejarah kaum muslimin sehingga hari ini, pemerintah Islam di bawah institusi Khilafah Islamiah pernah dipimpin oleh 104 khalifah. Mereka (para khalifah) terdiri daripada 5 orang khalifah dari khulafaur raasyidin, 14 khalifah dari dinasti Umayyah, 18 khalifah dari dinasti ‘Abbasiyyah, diikuti dari Bani Buwaih 8 orang khalifah, dan dari Bani Saljuk 11 orang khalifah. Dari … Continue reading PEMIMPIN KAUM MUSLIMIN

BERKATA DIAM

Posted on

Saya pernah juga bertanyakan mengapa orang mengatakan lebih baik diam sedangkan diri yang berkata juga berkata-kata.   Atau ada yang mengatakan diam ialah emas, dan berkata ialah perak, tetapi memilih perak dengan mengatakannya. Samada difahami atau disalah ertikan, kita tidak mampu menyebabkan orang faham, kita hanya berusaha supaya orang boleh faham apa yang kita tuturkan. … Continue reading BERKATA DIAM

Dosa Yang Disangka Syurga

Posted on

Siapa yang tahu apa yang dirancang oleh Mat Jenin. adakah nenek itu penyebar berita buruk ? ini hanyalah khayalan orang yang perlekehkan orang lain. Padahal, jika benar-benar wujud Mat Jenin yang mempunyai minda usahawan dan pengetahuan ekonomi yang baik, boleh jadi telah berjaya mencapai matamatnya. Boleh jadi sengaja diceritakan dari sudut yang lain supaya orang yang … Continue reading Dosa Yang Disangka Syurga

Rahsia Yang Semua Orang Tak Tahu

Posted on

Awak tahu ke? Ketika saya berkunjung ke kedai buku di Kuching, terpandang sebuah buku yang bertajuk “JANGAN BACA BUKU INI”. Saya berkata dalam hati, bodoh apa penulis buku ini, peliknya orang yang sanggup beli dan baca. Rupa-rupanya inilah cara menarik orang beli dan baca atau sekurang-kurangnya beli dan simpan.  Kerana yang lebih penting ialah laris, … Continue reading Rahsia Yang Semua Orang Tak Tahu

BLOG JUGA BERMULA DI SINI

Posted on

Pengertian dari blog adalah kependekan dari Weblog, istilah yang pertama kali digunakan oleh Jorn Barger pada bulanDesember 1997. Jorn Barger menggunakan istilah Weblog untuk menyebut kelompok website pribadi yang selalu diupdate secara kontinue dan berisi link-link ke website lain yang mereka anggap menarik disertai dengan komentar-komentar mereka sendiri. Blog kemudian berkembang mencari bentuk sesuai dengan … Continue reading BLOG JUGA BERMULA DI SINI

Keluarga Nabi Ibrahim

Posted on

Di sini kami akan mengumpul semua maklumat berkenaan kisah dan keluarga Nabi ibrahim.     Link Rujukan : Republikpos Meneladani Nabi Ibrâhîm Alaihissallam Kisah Nabi Ibrahim Mencari Tuhan Mendulang Mutiara Hikmah Terkabulnya Doa Nabi Ibrahim Kisah Teladan Nabi Ishak kristolog.com Kisah Singkat Perjalanan Hidup Nabi Ibrahim Cerita Bersejarah Ibrahim dan Ismail Potret Perjalanan Hidup Ibrahim … Continue reading Keluarga Nabi Ibrahim

ENAM

Posted on

Ada secawan kopi. Orang pertama memerhati dan menyatakan kajiannya mengenai penemuannya. Orang kedua bertanya milik siapakah ini. Orang ketiga bertanya apakah ini. Orang keempat mempertikaikan tindakan orang pertama. Orang keenam minum kopi kemudian mati dipukul oleh orang keempat. Salah seorang bertanya kenapa pukul dia. Orang keempat berkata saya dengar salah seorang berkata “hok kawe, ambo wi … Continue reading ENAM

KITA DIBEKAL 3 PILIHAN

Posted on

Apabila diperhatikan kehidupan ini, kita sebagai manusia yang menghuni muka bumi telah dibekalkan dengan tiga pilihan.  Apakah pilihan itu?  dan siapa yang menyediakan pilihan? Ada tiga pilihan yang berbeza yang kita hadapi setiap detik, terpulanglah kepada diri sendiri hendak melalui jalan yang mana satu.  Jalan yang pertama ialah jalan yang penyedia pilihan redhai.  Apabila kita … Continue reading KITA DIBEKAL 3 PILIHAN