Go to ...

bLog Juga

BLOG ORANG AWAM Yang Berbicara Perkara Kecik, Remeh & Keduniaan Jer

– ARTIKEL RAWAK –

PILIH-PILIH
Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): “Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi…
Continue reading »

RSS Feed

April 23, 2019

BENARKAH MURID NABI ISA SEMPAT BERJUMPA NABI MUHAMAD


Tahukah tuan dari mana saya mendapat berita bahawa ada dikalangan 12 murid nabi isa yang sempat berjumpa nabi muhamad sedangkan perbezaan masa antara mereka adalah 500 tahun lebih. Benarkah murid nabi isa sempat berjumpa nabi muhamad.

Ini petikan kata-kata nabi isa kepada 12 murid-muridnya sebelum peristiwa penyaliban berlaku iaitu;

Injil Matius 16:(28) Ketahuilah! Dari antara kalian di sini ada yang tidak akan mati, sebelum melihat Anak Manusia datang sebagai Raja.

Ini yang berlaku kepada salah seorang murid nabi isa beberapa tahun selepas nabi isa pergi. Simon Petrus atau Kefas yang bermaksud batu. Nama yang tidak berbeza jauh dengan maksud gua yang disebut Kahfi. Setelah dia hilang dari penjara ketika zaman raja rom yang zalim memerintah bumi palestin. Tuhan tidurkan dia selama 300 tahun.

Apabila dia bangkit semula, ketika zaman telah berubah iaitu ketika itu raja rom telah menerima ajaran agama kristien dan orang kristien bebas beragama. Maka dia menyambung hidupnya hinggalah usianya sangat tua.  Ketika itulah dia sempat berjumpa nabi muhamad yang masih kanak-kanak di suatu tempat bernama bukhara.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.