Go to ...

bLog Juga

BLOG ORANG AWAM Yang Berbicara Perkara Kecik, Remeh & Keduniaan Jer

RSS Feed

August 17, 2019

ADAKAH QURAISY IALAH KAUM ATAU TEMPAT


Apabila diperhatikan Piagam Madinah iaitu “Ini adalah piagam dari Muhammad Rasulullah SAW, di kalangan mukminin dan muslimin yang berasal dari Quraisy dan Yatsrib, dan yang mengikuti mereka, menggabungkan diri dan berjuang bersama mereka”

Adakah perkataan Quraisy bermaksud bangsa Quraisy atau penduduk Quraisy. Jika ia adalah mengenai suatu bangsa, kenapa perkataan tersebut dipadankan dengan Yathrib.

Sebagai perbandingan, jika saya kata begini. Ini adalah perjanjian antara Abu dengan Yusof dari Melayu dan Kelantan. Tentu orang akan berkara ia padanan yang tidak sesuai.

Kemudian saya merujuk kepada ayat al-quran surah quraisy iaitu:

  1. kerana kebiasaan orang-orang quraisy
  2. kebiasaan mereka berpergian di musim dingin dan musim panas
  3. maka hendaklah mereka menyembah tuhan rumah ini
  4. yang dia memberi makan mereka dari kelaparan dan dia memberikan keamanan mereka dari ketakutan

Kebiasaan yang dimaksudkan dilakukan oleh orang-orang quraisy ialah pada musim panas mereka berpergian ke Syam dan pada musim dingin ke Yaman.  Kenyataan begini menggambarkan ia berada di tempat beriklim Mediterranean antara Yaman dan Syam.

Setakat ini saya mendapati ada 2 alasan untuk mengatakan perkataan Quraisy bermaksud tempat. Semoga saya diberi peluang untuk meneruskan pencarian ini.

Sekian.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.