Go to ...

bLog Juga

BLOG ORANG AWAM Yang Berbicara Perkara Kecik, Remeh & Keduniaan Jer

RSS Feed

August 22, 2019

ADAKAH KITA DISELIMUTI




Setelah sekian banyak pengajaran yang di sampaikan oleh orang-orang yang menyampaikan, adakah kita sudah bersedia menjadi Insan Yang Taat kepada perintah Tuhan yang Maha Melihat? atau kita semakin takut dan keliru lalu berselimut di sebalik diri sendiri?

Persoalan ini kelihatan ganjil apabila tidak disertakan dengan pengertian maksud bagi istilah-istilah yang digunakan. Ada dua istilah yang ingin dikongsi bersama iaitu ‘taat’ dan ‘diselimuti’.

Anda boleh memberi difinisi yang lebih baik, tetapi biarlah di dalam Blog ini, dinyatakan erti taat sebagai :

  1. Cuba melaksanakan seberapa banyak perintah-perintah,
  2. cuba meninggalkan seberapa banyak larangan-larangan,
  3. cuba mengajak orang lain melaksanakan perintah-perintah dan
  4. cuba melarang orang lain daripada melakukan larangan-larangan.

Erti ‘diselimuti’ pula ialah meletakkan diri dalam keadaan selesa kerana kekeliruan dan ketakutan di sekeliling yang dianggap membahayakan diri dan mengelakkan terlibat dalam urusan yang tidak pasti. Atau masih diselimuti kerana mengharapkan sudah orang lain yang lebih layak melaksanakan tanggungjawab kita.

Apa tanggungjawab kita?

Ia bergantung kepada kedudukan dan kebolehan kita, setiap orang mempunyai tanggungjawab di atas muka bumi ini sebelum semuanya kembali ke sisi Allah s.w.t.

Semoga kita Dirahmati oleh Pencipta Yang Maha Agong.

    Suka(0)Tak Suka(0)
    Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.