DIANTARA SYURGA DAN NERAKA ADA TEMBOK

Bukankah kita telah digambarkan bahawa pada hari akhirat nanti setiap orang hendaklah melintasi titian panjang lagi halus melintasi neraka menuju syurga.  Ketika itu ada yang terjatuh, ada yang masuk syurga dengan susah payah dan ada yang senang masuk syurga.

Kenapa kisah-kisah tersebut bercanggah dengan apa yang dijelaskan di dalam quran. Perhatikan dengan hati dan akal yang sihat bagaimana tuhan menjelaskan hal ini.

Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok “Al-A’raaf “(yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok Al-A’raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): “Salaamun Alaikum” (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya.

Al-A’raaf 7:46

Semoga kita tidak termasuk mereka yang terpedaya seperti yang dinyatakan dalam ayat sebelum itu, iaitu ayat 7:44-45

… Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: “Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim”.  Iaitu mereka yang menghalang (dirinya sendiri dan juga orang lain) dari menurut jalan Allah, dan mencari helah menjadikan jalan itu bengkok terpesong, sedang mereka pula tidak percayakan hari akhirat.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

AHLI NERAKA TIDAK MENITI JALAN KE SYURGA

Adakah benar selepas menerima kitab amalan masing-masing, semua orang mesti lalui titian ke syurga yang diletak melintasi neraka.  Mari perhatikan ayat-ayat ini untuk melihat sendiri apa yang terjadi.

Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu, dan orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka sembah – “Yang lain dari Allah serta hadapkanlah mereka KE JALAN YANG MEMBAWA KE NERAKA. “Dan hentikanlah mereka, kerana sesungguhnya mereka akan disoal, “Mengapa kamu tidak bertolong-tolongan?”

As-Saaffaat 37:22-25

 

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

ADAKAH AHLI NERAKA MESTI MELINTASI TITIAN

Setelah menerima kitab amalan masing-masing, dan ahli neraka menerima kitab dari belakang, tiada apa-apa jalan untuk mereka lalui selain jalan ke neraka.

Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling neraka Jahannam.

Maryam 19:18

 

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

ADAKAH AHLI SYURGA TERPAKSA MELINTASI TITIAN DI PADANG MASYHAR

Saya percaya di akhirat sudah tiada lagi titian untuk ke syurga kerana titian itu sedang kita lalui sekarang. Perhatikankan bagaimana keadaan orang yang layak masuk syurga setelah menerima kitab amalan masing-masing.

Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!

“Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!”

Maka (dengan itu) tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, – Di dalam Syurga yang tinggi.

Al-Haaqqah 69:19-22

 

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

KISAH TITIAN SIRAT BERCANGGAH DENGAN QURAN

Salam hormat.

Saya bukan termasuk orang yang tidak percaya bahawa manusia mesti melalui titian sirat. Malah saya menyakini kita sedang melaluinya.

Apa yang saya sampaikan ini ialah mengenai percanggahan kisah-kisah yang digambaran oleh manusia mengenai titian sirat itu. Perhatikan sendiri dengan hati dan akal yang sihat di dalam quran, tuan akan dapati banyak kisah-kisah yang disampaikan tidak tepat seperti apa yang dinyatakan di dalam quran.

Apabila ada masa yang sesuai, dengan izin tuhan, saya akan kemukakan seberapa banyak percanggahan itu.  Kepada tuhan saya berserah.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

KITA SEDANG BERJALAN DI ATAS BENANG HALUS

Kita bukan pemuja syaitan bersama-sama tuhan. Bukan juga seperti yang disebut dan dinamakan orang dari qadariah atau jabariah. Kita hanya ingin patuh kepada tuhan.

Adakah kita perlu meninggalkan orang dan api kerana ingin menjadi orang patuh kepada tuhan. Akal manusia tidak dapat menerima orang yang berkata saya ingin berada di dalam cahaya kemudian dia memadamkan api.  Begitu juga akal sihat tidak dapat menerima orang yang berkata saya ingin selamat kemudian dia meninggalkan orang lain pergi bersendirian ke dalam hutan tanpa sebarang bekalan.

Nampaknya untuk tempuhi perjalan ini dengan selamat, kita memerlukan cahaya dan orang yang saling ingat-mengingati. Walaupun dia sudah tiada, tetapi nasihat dan bekal yang diberinya masih berguna hingga hari ini. Salam penghormatan yang selayaknya untuk para rasul, kepada tuhan kita kembali.



Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

ADAKAH KITA BAWA API KERANA CAHAYA ATAU SIMBOL

Ingatkan perjalanan Musa dan keluarganya ketika gelap dia melihat api. Dia pergi mendapatkan api kerana harapkan ada cahaya dalam perjalannya nanti. Adakah perjalan ini sama seperti perjalanan orang yang berjalan membawa api kerana simbol turun-temurun yang dianggap tidak salah.

Benar, ketika di dalam kegelapan, kita memerlukan api untuk beri cahaya supaya perjalan ini menjadi betul.  Dengan cahaya itu, kita dapat pilih mana jalan yang lurus menuju tempat perjumpan besar untuk hadir dengan selamat dan supaya tidak keluar dari landasan yang akibatkan terjatuh ke dalam api.

Lidah kita membaca dengan lancarnya ayat-ayat yang diberikan tetapi dalam masa yang sama kita melakukan apa yang diperintahkan orang lain yang kita tidak tahu adakah ia seperti yang kita baca atau direka. Sedangkan kita tahu, kita sendirilah yang bertanggungjawab dengan apa yang kita lakukan.

Inilah gambaran yang saya lihat, apabila orang berlari membawa api tetapi tidak mendapat cahaya dari api tersebut kerana mereka hanya membawa api kerana simbol sahaja.  Dalam masa sama, ia diperlihatkan oleh orang lain, berkuasanya api, ramai orang merestui kelakuan ini.



Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

TANPA DISEDARI INI DIPERLIHAT MEMUJA API

Kita mengaku tidak dalam kalangan pemuja api, qadariah atau jabariah. Siapakah mereka ini. Lihatlah, perjalanan ini seperti berdiri di atas sehelai rambut yang dibelah tujuh.

Kita ingin tempuhi perjalan ini dengan benar, dalam masa sama kita tidak melihat jalan yang sedang dilalui. Perjalan kita menuju perhimpunan besar sedang berlaku. Adakah kita termasuk dalam yang terselamat atau menyangka selamat. Saya tidak ingin peduli jika anda ingin menjadi orang jahat kerana kesan kejahatan itu pasti akan menimpa anda sendiri.

Bagaimana dengan orang yang inginkan kebaikan tetapi sesat jalan lalu menempuhi jalan hidup ini  seolah-olah orang benar tetapi menuju neraka. Saya lihat banyak gambaran pemuja-pemuja api tanpa mereka menyedari mereka diperlihatkan begitu. Dan kita sedang melaluinya. Mudah-mudahan orang yang sentiasa kembali kepada tuhannya diselamatkan.

Antara gambaran berkuasanya ajaran api yang saya lihat ialah orang berlari membawa obor kerana bersukan, hotel-hotel dan skim-skim perlindungan yang meletakkan api pada simbolnya. Benar, kita bukan pemuja-pemuja api, tetapi kelakuan kita dilihat begitu sehinggakan orang yang jahil, yang tidak tahu hati kita akan mengatakan berkuasanya ajaran pemuja api kerana ia ada dimana-mana dan direstui ramai orang.



Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

ADAKAH KITA YAKIN KEPADA DIRI SENDIRI ATAU TIDAK

Jika anda tidak yakin kepada diri sendiri, adakah kerana keyakinan itu tidak pernah ada atau kerana yakin kepada yang lain. Seolah-olah apa yang terjadi ialah samada yakin kepada diri sendiri, tidak ada keyakinan atau yakin kepada yang lain. Jika yakin kepada yang lain, kepada siapa diyakini, adakah kepada orang atau kepada siapa?

Benarkah keyakinan tidak pernah ada, atau sebenarnya keyakinan telah diletakkan samada kepada orang tertentu atau tidak berani hendak letak keyakinan kepada sesiapa pun.

Adakah sama meletakkan keyakinan kepada diri sendiri dengan meletak keyakinan kepada tuhan. Bagi yang tidak percaya tuhan ada, mereka telah meletakkan keyakinan kepada diri sendiri. Bagaimana pula kepada orang yang percaya tuhan ada, adakah mereka meletakkan keyakinan kepada diri sendiri atau kepada tuhannya.

Boleh jadi, orang melihat orang yang meletakkan keyakinannya kepada tuhan sebagai orang yang yakin kepada diri sendiri kerana orang tidak melihat tuhan ada bersama-sama orang yang yakin kepada tuhannya. Adakah boleh jadi juga, orang akan berkata orang yang yakin kepada diri sendiri sama sahaja samada yang percaya tuhan tiada atau tuhan ada.

Adakah orang yang tidak berani meletakkan keyakiannya kepada orang telah menjadi orang yang yakin kepada diri sendiri atau kepada tuhannya. Nampaknya orang yang meletakkan keyakinan kepada orang sahaja yang dilihat tiada keyakinan kepada diri sendiri.



Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

KISAH ORANG TAK PERCAYA BERI MAKAN ORANG PUASA

Apabila lihat orang tidak islam beri makan dan minum kepada orang islam, saya teringat kisah orang-orang arab yang beri makan dan minum kepada orang haji sebelum islam. Izinkan saya kongsi teks tersebut.

Dan Ia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakiNya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah 9:15)

Sabarlah orang beriman dengan berita ini.

Saya rasa perkataan ini dituju kepada orang yang beri makan tetapi tidak percaya ajaran nabi muhamad.

Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan, padahal belum lagi terbukti kepada Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat, selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan. (At-Taubah 9:16)

Adakah ayat ini boleh juga diguna untuk mereka yang beri makan kepada orang beribadah puasa.

Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka. (At-Taubah 9:17)

Adakah ini bermakna orang tidak islam tidak layak beri makanan kepada orang berpuasa.

Hanyasanya yang layak memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.(At-Taubah 9:18)

Adakah mereka mendapat petunjuk kepada islam dengan hanya beri makan dan minum kepada orang islam yang berpuasa.

Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. (At-Taubah 9:19)

Walau macamanapun, orang berbudi, kita berbahasa.

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (At-Taubah 9:20)

Kadang-kadang saya terfikir kenapa ayat orang tidak percaya yang beri makan kepada orang haji diletakkan dalam surah ini sedangkan kita tahu ini surah perang.

Perkara ini seperti selari dengan fitrah manusia, orang boleh rasa tersinggung apabila orang tidak percaya turut serta dalam membantu orang percaya mengamalkan apa yang dipercayai. Hingga terfikir apa niat begini. Tetapi tidak salah kita hormat menghormati, tiap-tiap orang menanggung akibat perbuatan sendiri.

Bukan isu beri makan sahaja yang sensitif kepada saya, isu kedai-kedai orang tidak percaya meletakkan lambang membanggun bersama islam di kedai-kedai mereka juga saya lihat ganjil. seolah-olah perkataan dan perbuatan yang mereka laku tidak beri sebarang erti kecuali kepentingan dunia sahaja.



PAUTAN BERKAITAN
Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.