TELAH DEKAT SAAT ITU TELAH TERBELAH BULAN

Adakah isu ini telah selesai diperkata atau masih ada beberapa perkara yang layak diperkata saat ini. Satu isu yang masih hangat ialah adakah isu ini tidak perlu diperkatakan lagi, ketika orang terus mempersoal dan mencari tanda.

Saya percaya, kita telah sepakat menyakini bahawa bulan terbelah tidak dapat dibuktikan dengan fakta-fakta sains dan ilmiah. Persoalannya adakah nabi muhamad perlu membuktikan kenabiannya dengan penglihatan yang tidak ilmiah atau kehadirannya sangat ilmiah. Kita telah setuju bahawa nabi muhamad diutus bukan hanya untuk penduduk yang hadir ketika dia masih hidup sahaja tetapi juga untuk kita hari ini dan akan datang.

Adakah kita ingin percaya bahawa semua tanda-tanda kebenarannya mesti berlaku ketika dia masih hidup atau kita ingin percaya bahawa tanda-tanda kebenarannya masih berlaku dan akan berlaku sehinggalah berlakunya hari yang terakhir.

Saya melihat ayat-ayat al-quran mengandungi perkataan-perkataan yang masih aktif. Ketika sebelum saya menulis ini beberapa saat yang lalu, masih dalam kesamaran samada akan menulis ini atau tidak, tetapi lihatlah anda sedang membacanya.

Lihatlah dan perhatikan, dalam satu perenggang boleh berlaku ayat-ayat akan datang yang sedang berlaku. Beginilah saya memahami al-quran bukan sahaja pada ayat ini tetapi pada ayat-ayat yang lain. Apabila saya memerhatikan ayat-ayat berkaitan hari kiamat, saya merasakan ia sedang berlaku walaupun kita tahu ia belum terjadi lagi.

Ayat al-quran “telah dekat saat itu telah terbelah bulan” saya akan nyatakan selepas ini dalam dua fasa pendek iaitu:

Fasa 1: Ketika ini saya kata akan terjadi bulan terbelah. Apa yang berlaku? Kita akan menunggu-nunggu saat-saat itu yang kita sendiri pun tak tahu bila. Keadaan ini, menunggu bulan terbelah telah lama berlaku hingga hari ini, ketika anda masih membaca inipun saya percaya bulan belum terbelah. Orang yang tidak percaya tidak akan percaya mendengar perkataan ini, tiada apa-apa yang berubah.

Fasa 2: Inilah mukjizat al-quran yang nabi muhamad pernah sampaikan suatu ketika dahulu. Akan terjadi saatnya manusia yang percaya dan tidak percaya benar-benar melihat bulan terbelah. Ini yang saya fahami sebagai TELAH DEKAT SAAT ITU, manusia yang hidup ketika itu benar-benar melihat bulan terbelah. Itulah saat hari kiamat, kerana secara ilmiahnya, sains mengatakan apabila berlaku begitu, sistem suria sudah tidak stabil lagi, bumi yang ada hubungan dengan bulan sudah tidak stabil.

Hanya Allah yang maha mengetahui, kepadanya saya berserah.

Free Search Engine Submission
Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.