RUMAH SUCI INI

Tempat suci yang dicemari oleh tangan hitam yang ingin dilihat suci. Jika tempat suci itu ialah rumah di mana orang kotor boleh disucikan, itu adalah layak untuk mereka. Jika tempat suci itu ialah rumah di mana hanya orang-orang yang terpilih sahaja boleh mendudukinya, apa telah terjadi sehingga ia boleh diceroboh oleh kekotoran.

Adakah rumah suci itu sebuah penjara tempat mengasuh anak-anak kotor untuk disucikan? Atau ia adalah institusi suci yang layak diduduki oleh anak-anak suci yang terpilih kerana potensi-potensi yang boleh dikembangkan sehingga penjadi pendakwah yang berguna.

Saya percaya bahawa tempat tu ialah rumah suci yang hanya layak diduduki oleh mereka yang suci. Lalu mengapa kesucian institusi ini dicemari oleh kekotoran yang seolah-olah dipaksa untuk menutup kekotoran ibu-bapa dan supaya dilihat suci oleh masyarakatnya.

Samada ketakutan yang bukan kepada ilahi lalu sanggup mengadai maruah diri menerima atau kelemahan diri kerana tidak mampu menanggung tanggungjawab. Demi menegakkan keadilan, selayaknya mereka yang terlibat hendaklah berani tampil memperbetulkan supaya maruah kita semua tidak lagi dipijak-pijak kerana nama ini sudah lama cemar.



Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.