YANG DIKANDUNG TERCICIR



Siapa yang ingin jika yang dikandungnya tercicir dalam perjalanan, lebih menyedihkan, yang dikejar juga tak dapat.

Eh, cerita apa pulak kali ini?.

Semenjak beberapa hari ini, saya selalu teringat kepada kata ‘Dunia dan Akhirat Harus Seimbang’. Kemudian saya bertanya kepada beberapa orang kawan, mereka juga tidak pasti dari mana asal usul perkataan ini. Kemudia saya cari dalam internet yang dimudahkan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana.

Ini yang saya ingin berkongsi dengan sesiapa yang ditakdirkan membaca tulisan saya ini. Ops.. terlupa pula mendoakan kesejahteraan saudara. Semoga selamat sejahtera dan dimurahkan rezeki.

Saya harap saudara juga boleh merujuk kepada tulisan kawan-kawan yang lain untuk membandingkan dengan tulisan saya dan sudah tentu, pandangan saudara juga sangat dialu-alukan. Semoga kita termasuk dalam golongan hamba-hamba yang berjuang di jalan Tuhan Penguasa Seluruh Alam.

Beberapa kata kunci akan digunakan sebagai asas isu ini, iaitu kita sebagai khalifah untuk memakmurkan dunia, kita sebagai hamba yang setiap perbuatan adalah kerana menurut perintah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah, Allah s.w.t. menyukai hambannya yang berusaha bersungguh-sungguh dan selepas ini ialah kata hati saya, sengaja saya tuliskan untuk dikongsi.

Kadang-kadang saya rasa tidak setuju dengan perkataan ‘dunia dan akhirat harus seimbang’ apabila ada puak yang menyalah tafsir mengikut kecenderungan masing-masing. Siapa yang menyuruh supaya kita menyeimbangkan dua benda yang berbeza, macamana mengukurnya, apa tiada perkataan lainkah yang lebih mudah difahami bersama.

Apakah kita dijadikan untuk mati atau untuk mengabdi kepada pencipta. Adakah matlamat hidup anda untuk mati atau untuk mengabdikan dan menjadi hamba Tuhan yang paling patuh. Sudahkah kita mengambil tahu dan mematuhi seberapa banyak perintah-perintah Tuhan Pentadbir Seluruh Alam. Atau kita sedang berkhayal.

Siapa contoh hamba Pencipta yang paling patuh sehingga disukai oleh Pencipta. Adakah beliau memilih untuk menunaikan perintah-perintah yang masyhur sahaja atau beliau buat sahaja apa yang disuruh.

Setiap manusia mempunyai kecenderungan dan kebolehan yang berbeza, oleh itu adakah mereka akan melakukan kerja-kerja yang sama sahaja, atau berebut-rebut menunaiakn kerja-kerja yang hebat sahaja mengikut kaca mata manusia sezamannya.

Apakah ukuran usaha-usaha manusia yang berbeza. Siapalah kita untuk mengukurnya, mengapa tidak diserahkan sahaja kepada Yang Maha Bijaksana dan Sangat Adil. Tidak cukupkah apabila kita mengetahui bahawa Tuhan menyukai orang yang berusaha. Samada ingin mengetahui berapa upahnya, atau menjadi hamba yang redha serta bersyukur dengan nikmat-nikmatNya.

Setiap usaha samada kerana Allah atau kerana selainnya, terpulanglah kepada Tuhan untuk memberi ganjarannya. Beruntunglah sesiapa yang sentiasa sedar dan bersyukur setiap rezeki adalah dari Allah Yang Maha Kaya dan Pemurah.

Adakah mereka yang diberi sedikit rezeki akan lebih taksub daripada mereka yang Tuhan berikan rezeki lebih banyak. Adakah perintah mengeluarkan zakat ditujukan kepada mereka yang tiada apa-apa. Adakah ingatakn supaya tidak terpedaya dengan nikmat di dunia ditujukan kepada yang tidak berada atau kepada yang berada.

Siapa yang terpedaya apabila ingin meninggalkan perintah-perintah supaya menjadi khalifah memakmurkan dunia dengan cara mementingkan diri sendiri tidak mempedulikan orang di sekitar mereka dengan kesesatan yang disangkanya. Mengapa mereka menyangka dunia adalah neraka bagi muslim ketika Allah mengatakan orang yang berjuang dijalan Tuhannya akan mendapat kemenangan.

Apabila kita mengaku bahawa setiap perbuatan adalah kerana Allah s.w.t., apa, perlu lagikah kita mengukur.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.