ART

Mengakui atau tidak, kita adalah tediri dari sekurang-kurangnya dua atau tiga unsur yang bergabung menjadi satu iaitu kita. Lihatlah, kita terdiri dari:
 
  1. roh
  2. diri dan
  3. jasad.
 
Apabila kita berbicara mengenai kita, tanpa kita sedari kita memperkatakan tentang sekurang-kurangnya dua iaitu diri dan jasad. Saya dapati pula, jasad ialah makhluk yang tidak hidup manakala diri kita ialah makhluk hidup.
 
Apabila kita mencari tuhan dari sudut jasad atau kebendaan, sudah tentu kita tidak akan jumpa kerana tuhan bukan kebendaan, tuhanlah yang mengadakan benda-benda itu semuanya.
 
Jika begitu adakah tuhan boleh dicari dari sudut diri. iaitu kehidupan yang tanpa kebendaan. Katakan saya tiada pengetahuan untuk membicarakan persoalan ini dan biarkan orang yang memahaminya sahaja menceritakan kepada kita.
 
Jika begitu, kaedah pencarian kita bukanlah dari sudut mencari dari satu sudut sahaja melainkan adakah kita akan mencari dari sudut kebendaan atau dari sudut kehidupan tanpa kebendaan.
 
Persoalah pencarian dari sudut kebendaan telah pun diceritkan sebagaimana kaum nabi musa yang meminta supaya nabi mengadakan tuhan yang boleh dilihat sebagaimana kaum lain. Nabi musa telah menjawabnya.
 
Jawapan yang paling mudah dan mampu saya fahami ialah tuhanlah yang mencipta alam ini sedemikian rupa dan dialah yang mengatur perjalanan semua ini tanpa menggambarkan bagaimanakah tuhan itu.
Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.