PERPADUAN

Tidak ada perpaduan jika ia adalah satu. Perpaduan hanya layak berlaku jika ada lebih dari satu. Apa yang berlaku ialah apabila ada lebih dari satu, samada perpecahan atau perpaduan.

Jika ketika ini, tulisan ini sengaja diceritakan dengan pendirian dan pendapt yang berbeza, ia hanyalah sekadar mempelbagaikan pendapat untuk mencari peluang-peluang supaya perpaduan boleh berlaku. Perpaduan boleh diumpamakan sebagai lima jari yang menggenggam erat membentuk penumbuk. Adakah mungkin perpaduan yang kukuh boleh berlaku jika tanpa salah satu jari?

Perpaduan memerlukan tolak-ansur dan kerjasama walaupun berlainan pendapat. Adakah mungkin parti politik mempelopori perpaduan ketika hanya satu parti yang layak dinobatkan sebagai juara. Apabila sesama melayu berpadu, apa kata yang cina dan india. Perpaduan dalam satu parti mungkin hanya menyebabkan perpecahan dalam parti lain pula.

Ketika menulis ini, disedari ia mungkin akan mengguris hati parti tertentu dan mendatangkan bahaya pula kepada penulis kerana mereka berkuasa dan berpengaruh untuk bertindak. Kepada Penguasa Seluruh Alam sahajalah penulis berserah diri.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

PEMIMPIN

Ada yang berkata, tidak penting siapa yang menjadi calon pilihanraya, kerana yang penting ialah rakyat memilih parti politik yang paling layak menerajui kerajaan.

Apa kata jika andaian itu sebenarnya tidak benar. Kerosakan boleh berlaku apabila mereka yang tidak berkelayakan pemimpin menjadi ahli dewan negeri atau dewan negara. Samada mereka menjadi tunggangan atau mereka mempunyai kepentingan tertentu untuk dirinya dan keluarganya.

Pemimpin yang dipilih oleh rakyat dinamakan sebagai “Wakil Rakyat”, tetapi berapa ramai yang benar-benar menjadi wakil kepada rakyat. Kenyataannya ialah rakyat hanya dibenarkan memilih samada dia itu atau dia ini yang sedia telah dipilih oleh parti masing-masing.

Parti yang memilih calon-calon mewakili partinya mempunyai kepentingan tertentu, yang mana ahli-ahli parti yang tidak ada kekuatan untuk memenangkan parti, menjadi tidak layak dicalonkan. Ahli-ahli parti yang mempunyai jati diri dan patriotik belum tentu menjadi calon dalam pilihanraya.

Dalam dunia yang sempit komunikasi tetapi masih luas geografinya, masih ramai rakyat yang tidak mengenali calon pemimpin di kawasanya (benar-benar mengenali) dan juga calon pemimpin yang tidak mengenali siapa yang menjadi rakyatnya.

Inilah yang dikatakan rakyat yang dipaksa memilih orang yang tidak diketahuinya untuk diangkat sebagai wakilnya ke dewan..

Oleh kerana cerita dah jadi tunggang-langgan dan terbalik, kerana rakyat dipaksa memilih siapa yang menjadi “wakil parti”. Dipertanggungjawabkan kepada rakyat untuk menentukannya, maka kerana sebab itulah kita dipaksa berpegang kepada konsep siapa tidak penting, tetapi apa yang penting ialah parti.

Rakyat perlu juga ada pemimpinnya, siapa lagi pilihan lain yang ada? Ketua Kampong!

Rakyat tidak dibenarkan memilih siapa ketua kampong mereka, sebaliknya wakil rakyat yang memilih siapa yang layak menjadi ketua kampong. Apa bezanya ketua kampong yang dipilih oleh rakyat dengan ketua kampong yang dipilih oleh wakil rakyat?

Inilah yang berlaku di kampong-kampong, samada mempunyai 2 ketua kampong atau ketua kampong yang menjalankan tugas-tugas yang diberikan oleh ketuanya, dan ketuanya bukannya rakyat. Lihatlah bagaimana ketua kampong di tempat anda.

Jiwa ketua kampong yang dipilih oleh wakil rakyat adalah setia kepada ketuanya bukan rakyatnya, malahan ada sesetengah ketua kampong yang menganggap rakyat sebagai beban yang terpakasa digalas kerana nak jawatan “ketua Kampong” tetapi sebenarnya wakil kepada wakil rakyat.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

PARTI POLITIK – Bahagian 1

Terlebih dahulu mohon 1 juta kemaafan dari anda kerana saya sengaja membangkit tajuk begini. Diharapkan anda dapat berlapang dada membaca tulisan ini. Jika menyebabkan tercalit sesuatu di hati, silalah luahkan juga sebagaimana kami meluahkannya.

Setelah memerhati dari luar sekian lama dan membaca sejarah-sejarah penubuhan parti politik di Malaysia dan di luar sana. Didapati parti politiklah yang memecah-belahkan rakyat.

Cubalah kemukan cara bagaimana parti potilit boleh satukan rakyat, dan bagaiman cara perpaduan boleh berlaku jika tanpa parti potilik.

Ada parti politik yang mengamalkan individu tidak penting sebaliknya kekuatan terletak apabila kuatnya suatu parti itu, yang menyebakan mereka yang tidak berkualiti berlumba-lumba untuk merebut jawatan.

Ada juga individu yang mempunyai patriotik dan jati diri yang baik, tetapi tidak dipilih menjawab jawatan penting kerana tidak selaras dengan kehendak dan kepentingan parti.

Silalah perhatikan.  Apabila wujud sekurang-kurangnya 2 parti yang berebut 1 jawatan untuk mentadbir kerajaan, adakah mungkin mereka akan bekerjasama untuk memberikan jawatan tersebut kepada parti lawan yang lebih layak? Selagi ia bergelar parti politik, tidak mungkin (?) kata sepakat begitu berlaku.

Semua ucapan-ucapan ahli parti hanya untuk memenangkan parti mereka dan merosakkan parti lawan dengan apa cara dan tektik sekalipun.

Perpaduan apakah yang boleh dicapai? Selagi perpaduan yang dicadangkan adalah dari parti politik, perpaduan tersebut boleh dianggap tektik untuk merosakkan parti lawan dan membenar parti mereka sendiri.

Walaubagaimanapun, sebagai hamba Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui, marilah kita semua tidak putus asa mengharapkan pertolonganNya.

Suka(1)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.