DI DALAM

Bukan nak mengada-ada, tapi nak tulis je… bukannya ada apa-apa, cuma teringat kisah dulu-dulu. Aku paling tak minat pelajaran kimia, aku dapat 9 masa SPM dulu. Rupa-rupanya aku bukan tak minat semua subjek kimia, bila subjek kimia di pisahkan kepada kimia organik dan kimia fizikal, baru aku tau, rupa-rupanya aku tak minat kimia organik, kimia fizikal aku minat la jugak.

Tapi bila difikirkan, sebenarnya aku bukannya tak suka 100% kepada kimia organik ni, ada juga yang aku suka di dalam tak suka. Rupa-rupanya kita adalah organik, terdiri dari ikatan molekul-molekul yang membentuk sel-sel, dari berjuta-juta sel terbentuklah kulit, hati, rambut, mata dan lain-lain anggota.

Betullah jika kita tak suka kepada sesuatu, jangan berlebihan, berpada-padalah, mungkin ada kebaikan di dalamnya yang kita belum tahu.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

SEDIA

Harap anda tidak melenting, marah atau apa sahaja sangkaan buruk dengan soalan yang akan disampaikan nanti, persoalan ini timbul gara-gara aku terbaca cerita Natrah yang dipaksa menukar agama. Macama agaknya keadaan kita masa itu jika mengalami suasana sama. Semoga kemampun bertindak sekuat kepercayaan, semoga kepercayaan tentang kebenaran adalah kebenaran yang sebenar…

Siapalagi tempat memohon pertolongan kalau tidak kepada tuhan yang maha esa, yang tidak beranak, tidak juga diperanakan, tiada yang menyerupainya, dialah yang disembah dan dialah tuhan yang maha hebat.

Kadang-kadang aku terfikir juga, macamana agaknya keadaan aku, jika dilahirkan bukan sebagai anak orang Islam, adakah aku akan mempertahankan agama anutan keluarga, atau mencari agama apa yang benar. Macaman jika soalah itu adalah terbalik????? adakah kita mencari apakah agama yang benar ? atau kita ikut sahaja.
Harap ramai yang yakin ugama yang dianutinya adalah benar dan benar-benar menganuti agama tersebut.

Minta maaf jika salah tulis dan anda faham dengan tidak seperti yang aku ingin nyatakan, atau mungkin aku sebenarnya salah, jika begitu tolong perbetulkan. Hanya Allah s.w.t. yang maha mengetahui.

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.

KENA PILIH

Tibalah masanya kita bincang tajuk pilih pulak. Kita biasa diberi pilihan, nak pilih yang itu atau yang ini, nak kena pilih la pulak… Kadang-kadang kita diberi pilihan sekadar untuk menguji sahaja. “Awak kena pilih satu di antara dua ini…”, terperangkaplah kita dalam dilema rekaan mereka? -Pilih kaya atau bahagia, -pilih mengutamakan keluarga atau mengutama kerjaya, -pilih dia atau aku.

Ha, apa pilihan anda? pilih, jangan tak pilih. Kadang-kadang memilih akibatkan kepala jadi pening, jadi serba-salah tapi tidak jadi serba benar?

Tapi bila difikir-fikir, benarkah kita sentiasa dalam suasana kena memilih?, samakah suasana kita apabila berlaku situasi kena memilih? Oleh kerana suasana kita sentiasa berlainan, mungkin pilihan yang dibuat tidak sama. Jadi, apa masalahnya jika pilihan kita tidak sama kerana sebab yang tidak sama.

Cuma yang jadi persoalan lagi ialah, mengapa kena pilih dari dua suasana yang berbeza, contohnya kaya dan bahagia? bukankah kedua-duanya mampu diperolehi bersama, kaya pun dapat, bahagia pun boleh dirasai. Alasan apa kita kena pilih? Pilihan anda ialah… baca hingga habis, tahniah dan terima kasih.

Komen:

Balqis Said On 09-05-2010 saya taknak pilih bleh? heee =D

Bh Said On 09-05-2010 buat pilihan adalah elemen tunjang berfikir.. hehe.. pilih yang terbaik mesti melalui proses yang teliti.. teliti tak bermakna kena berfikir panjang kan? hehe

Kaizen Said On 17-05-2010 kadangkalau kita perlu memilih sebab itulah kita dijadikan sebagai manusia kita diberikan banyak pilihan… kengkadang ada pilihan yang memang xkan boleh disatukan… sebab itu di sebut pilihan… kaya dan bahagia… atau bahagia dan kaya? 2 benda berbeza lagi.. btw nice entry… uhoh!

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.