OH PALESTIN – BAHAGIAN 5

Apabila akhirnya semua orang hanya menunggu kehadiran seseorang untuk menyelamatkan dunianya dan mahkotanya (agama). Apabila semua yang pandai dan berilmu menunggu siapa lagi yang datang mengadapnya untuk menuntut ilmu yang dipelajarinya. Apabila mereka yang berlainan pendapat dianggap membawa perpecahan. Apabila pendajjal berjaya mendajjal dan ramai pengikutnya kerana percaya sedang menuju syurga. Apabila mereka yang rosak memerintah dan menggunakan kuasa untuk membenarkan yang salah dan menyembunyikan yang benar supaya golongan mereka terus memerintah. Apabila masing-masing hanya menjaga dirinya sendiri kerana merasakan diri sebagai orang awam sahaja. Apabila sunah nabi-nabi yang benar tidak diendahkan sebaliknya bukan sunnah dikatakan sunah yang diikuti.

Apabila sunah kecil diperbesarkan dan sunah penting tidak mampu diikut kerana siapalah kita… dia nabi, kita orang biasa dan banyak lagi. Tanpa disedari, generasi akan datang (seperti kita berbanding zaman kebangkitan Islam dahulu), semakin jauh dari kebenaran sehingga suatu hari tiada lagi orang yang benar.

Sungguh mengerunkan apabila membayangkan ketibaan hari terakhir yang mana setiap yang hidup pasti akan menghadapinya. Seolah-olah hari terakhir kehidupan mereka yang bersalah seperti mereka menghadapi hari kiamat yang sungguh menakutkan. Semoga kita dijauhkan dari menghadapi hari kiamat dan hari seperti hari kiamat kecuali kematian orang beriman.

Hari terakhir bukanlah hari terakhir sebenarnya melainkan penutup kehidupan di dunia untuk kehidupan yang kekal. Adakah mereka yang menunggu sama seperti mereka yang berjuang menegakkan Agama?.

Artikel Berkaitan:
oh Palestin Bahagian 1
oh Palestin Bahagian 2
oh Palestin Bahagian 3
oh Palestin Bahagian 4
oh Palestin Bahagian 5

Suka(0)Tak Suka(0)
Is this Post useful? Useful Useless 0 of 0 people say this Post is useful.